Friday 30 December 2011

bila air mata membasahi bumi :'(


Aku sedih,
Aku terkilan,
Aku marah...
Aku mahu kau mengerti bahawa aku juga mempunyai perasaan,
Aku mahu dipuji ikhlas,
Dikasihi,
Disayangi,
Dihargai..
Bukannya diperli,
Disakiti,
Didustai,
Dikasari...
Aku tak minta kau menyanjung tinggi segala tingkah lakuku,
Menurut segala perintahku,
Mengambil tahu segala perihalku,
Menemani aku siang dan malamku...
Cuma aku mahu kamu,
Terimalah aku seikhlasnya,
Kasihilah aku semahunya,
Sayangilah aku semampunya,
Hargailah aku seadanya...
Aku mohon,
Dengarlah wahai sahabatku,
Segala rintihan hatiku ini :'(

Wednesday 28 December 2011

bye pipless, say hi to green pip! :')

Assalamualaikum. . .
Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan aku masih tergedik-gedik depan laptop dalam erti kata lain tak reti-reti nak tidurkah masa-masa cenggini wahai anak dara Encik Mohamad? Ya, aku memang budak degil yang tak reti bahasa dan tak pernah reti nak tidur awal. *please note that. Mahu jadi zombi mungkin ahakss! Malam ni tangan aku gatal je nak update blog, mungkin rindu kot sebab dah dekat sebulan tak melawat blog yang sangat kucintai ini *pppuiiiiii muntah hijau! Aku bosan wehhhhh, sumpah aku bosan!
Result aku dah sampai rumah pon minggu lepas. Tunggu punya tunggu sekali tak tau jugak pointernya, ada ke patut main ABC camtu je. Lahaiiiii sumpah macam result PMR pulak. Tak payahlah kan nak aku type kat sini gred-gred aku tu, maklumlah cemerlang sangat! Malu aiiii nyah! hehe. Yang pasti aku berjaya naik ke semester baru dan ini bermakna selamat tinggal diucapkan kepada student pipless yeayyy! Sem depan dah boleh berlagak dengan pip hijau kat bahu kah kah kah! Hijau je ponnnnnnnnnn, belom merah hehe.
Pejam celik pejam celik dah nak habis cuti sebulan. Sekejap je masa berlalu, lagi 3 hari dah kena balik kolej maka akan bermulalah kehidupan yang sesangat sibuk. SIBUK tu jugaklah benda yang aku paling benci dalam dunia -.-''

pipless dalam kenangan yeeehaaaa!

Cuti aku ni pon banyak dihabiskan dengan melayan cerita korea, baca novel dan yang paling penting menghadap laptop yang boleh dikatakan perkara WAJIB setiap hari. Kalau tak online satu hari rasa macam tak lengkap hidup, cheeeewwahhh! Hah, hampir lupa aku pon jadi bibik tak bergaji tau! 2 minggu aku duk melayan anak-anak sedara aku yang buas lagi nakal. Boleh tercabut semua skull, scapula, phalanges aku dek nak menjaga sorang-sorang. Penat tu mengalahkan penat berlari 10 round padang. Aku pon terfikir kehebatan seorang ibu yang boleh menjaga anak-anak mereka sampai ke besar dalam keadaan macam tu. Sumpah aku tabik springggg kat dorang!
Sebenarnya tadi macam banyak je aku nak melalut tapi bila dah syok je menaip aku dah lupa aku nak melalut  apa. Aku bukan blogger tegar yang pandai buat karangan panjang berjela-jela sampai lenguh jari aku nak scroll page macam dorang. Kalau nak merapu merapan ntah pape tu aku terer lah hee.
Entri aku kali ni aku rasa yang paling teruk aku pernah update, tengok ayat keling aku pon dah tau kan? Sumpah malam ni aku main hentam je type benda yang terlintas dalam kepala hotak aku, sikit pon tak rancang dulu nak update apa. 
Aku rasa cukuplah dulu sampai sini aku mengarut malam ni. Katil pon dah memanggil-manggil aku suruh baring dan tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
sekian, wassalam :')

Thursday 8 December 2011

hampa :'(

Sama macam hari2 sebelom ni, result yang ditunggu-tunggu masih x sampai2.
 haiyaaaa!

Tuesday 6 December 2011

ni ni ni!

Assalamualaikum. . .
 Hah, semalam aku cakap aku x jumpa video cuppycake kat youtube kan? Tadi duk usha2 akhirnya jumpa banyak laa pulak video tuh kat youtube. Bermacam versi ada lagu tuh. Ada yang baby cute nyanyi, ada orang besar bajet cute nyanyi errr... Yang penting aku jumpa video original lagu ni. Jom layan video ni jom!


Hah ni laa penyanyi original lagu cuppycake tuh. Dah laa comel, suara cute aishhh! Jeles bak hang! Nama budak ni Amy Castle. Video ni dirakamkan sekitar tahun 1994, ketika tuh Amy baru berusia 3 tahun. Sekarang untuk pengetahuan uols, Amy dah berusia 21 tahun. Dah belia remaja okeyh!
Ni satu lagi video yang tak kurang cutenya macam cuppycake tuh. Tapi ni versi kartun punya laa. Ni lagu twinkle-twinkle little star, alaa lagu yang mak kita selalu nyanyi masa kecik2 sebelom tidur tuh.


Comel kan video ni? 
 sekian. . . :)


Monday 5 December 2011

you're my sweetie pie ^^

Assalamualaikum. . .
Hari ni dah masuk hari ke-4 aku bercuti dan alhamdulillah setakat ni aku x bosan lagi duduk kat rumah sebab banyak benda yang aku boleh buat. Maklum laa dah lama x dapat balik rumah gini laa jadinya. Yang syioknya bila duduk kat rumah ni bekalan makanan x putus2 so kerja aku pon makan, makan dan makan sampai lebam heh. Konpem nanti bila dah bukak sem baru bertambah tambahlah berat aku y sememangnya dah berat ni hadoiiiii. Pernah jugak terfikir, kan best kalau lemak boleh ditransferkan mcam duit. Bayangkan, mesti xde orang gemuk kan kat dunia ni? Penyakit obesiti pon xde dan baju saiz XXL++ pon mesti x wujud kan? haha! Mimpi je laa uolss.
Tengah duk usha FB td aku terjumpa lirik lagu sweetie pie. Alaa, lagu yang budak kecik nyanyi pelat2 tuh. Best woo lagu ni, geram je nak cubit2 budak yang nyanyi ni sebab mesti budak yang nyanyi tu comel macam suara dia kan? hihi. Jom nyanyi sama2 jom!

You're my Honeybunch, Sugarplum

Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie

You're my Cuppycake, Gumdrop

Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye

And I love you so and I want you to know

That I'll always be right here

And I love to sing sweet songs to you

Because you are so dear!

olololo, comel je nyanyi. haha! cute kan lagu ni? sebenarnya nak cari sekali video tapi x jumpa pulak dalam youtube so pandai2 laa layan diri tuh nyanyi buat macam lagu sendiri ye. heh. 

salam. . .

*big boss panggil suruh makan maka dalam masa beberapa minit lagi lemak akan bertambah oyeah! T.T

Friday 2 December 2011

HI, HAIIIIIII! :D

Assalamualaikum :)
 Yeeehaa sudah lama beta x update belog muahahaha! Konon nak update tiap2 hari laa kan nak citer tu citer ni tapi hampeh! Sampai hari ke-12 dah senyap terus heh. Bukan apa, beta sibuk gila sampai nak gila. *ok tipu! hahahaha! Yang sebenar lagi benar dan benarnya broadband aku dah kena potong! tu laa, sape suruh x bayar bil sangat hik3 :P
 2 minggu lepas aku baru je selesai final exam dan alhamdulillah semuanya ok boleh jawab. Result pon dah tau semalam dan alhamdulillah sekali lagi aku lulus semua subjek. Syukur sangat2 cuma sekarang masih menunggu bila laa surat sampai rumah, dah x sabar nak tau pointer aku brape ni. Harap2 mencapai target heh. 
ok, cukup merapu pasal result skarang aku nak citer bende yang berlaku sepanjang aku " menghilangkan diri" beberapa minggu lepas. *sebulan maybe hihi. Aku pon dah lupa bila last aku posting kat wad 3A yang aku ingat hari last aku kerja tu hari Jumaat haha! Sumpah sedih tinggal wad tu. Yelaa kan, banyak kenangan manis gitttewww kat wad tuh. Lepas habis posting kat wad 3A start laa study week a.k.a revision week sebelom final exam. Tapi x brape nak study week sangat sebab melepak lagi banyak dari study bhahaha! So aku rasa pasni better tukar study week kepada melepak week baru sesuai ngan keadaan hihi. Yelaa kan? Cuba cakap kat aku berapa kerat sangat y study time study week tuh? Besok ada paper hari ni baru nak study haha! Habis study week terus start final exam. Seingat aku laa kan, seminggu setengah jugak final exam hari tuh. 
Selesai je final exam dapat cuti 5 hari. Enjoy habis 5 hari tuh haha! Mana taknya sampai hitam legam muka berjemur kat Langkawi. Baru namanya bercuti betul kan? haha! Tu pon kejap sangat 5 hari sumpah x cukup.
Habis cuti terus masuk wad balik. 
2nd wad aku posting wad 5C iaitu wad acute medical female. Wad ni x jauh beza sangat dengan wad 3A sebab dua2 busy. Bezanya 5C ni wad perempuan so semua patient perempuan xde pondan mahupun bapuk sesat heh. 2 minggu jugak aku kat wad ni. Mula2 tu macam kekok r jugak kan sebab dulu jaga wad lelaki skarang wad perempuan. Pesakit perempuan ni manja sikit x sama macam pesakit lelaki so layan aje laa. Bila dah lama2 tuh terbiasalah ngan suasana wad 5C ni. Kerja pon sama je kat wad ni. Observation tuh benda wajib buat tiap2 hari. Benda baru pon ada laa jugak sikit2 blajar dari senior contohnya nak cabut branula ( jarum kat tgn tuh), tukar drip ( air masuk badan tu), ECG ( aku pon x tau lg stand untuk benda heh) dan buat DXT ( cek kandungan gula dalam darah). Seronok sebenarnya dapat belajar benda baru ni so xde laa bosan sangat asyik buat observation je sepanjang masa.
Semalam hari last aku posting kat wad 5C dan sekaligus menjadi hari last aku sebagai pelatih jururawat tahun 1 semester 1 yeeehaaaaa! Sekejap je masa berlalu tut tut dah habis 1 sem. Semalam jugak naik bas balik Terengganu dan dengan bahagianya aku nak cakap yang aku dah sampai rumah pon pagi tadi haha! Home sweet home okeyh! Sekarang dah start cuti sem sebulan so dalam kepala otak aku sekarang teramatlah banyak plan aku nak buat cuti sebulan ni hihi. 
Cuti pon cuti jugak tapi assignment untuk next sem jangan lupa siapkan kalau xnak "disiapkan" oleh Cik Chin hihi. 


Ok, aku chow dulu nak sambung tidur hihi. Babaiiiiiiiiii!
Salam. . .

Saturday 15 October 2011

HARI 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12

Assalamualaikum. . .
1, 2, 3 go!

HARI 6
Hari ni datang2 wad terus dapat berita yang sorang patient meninggal sebab paru2 berair. Staff nurse suruh kami berlima gabung sekali ngan budak shift pagi buat LO (last office) kat arwah. Ni merupakan pengalaman pertama kami menguruskan jenazah. Macam2 perasaan ada time tuh. Sedih, takut, berdebar, eksaited sume ada. 

HARI 7, 8, 9
3 hari ni buat benda sama je. Pagi2 kol 8 start buat observation, kol 11 buat untuk 2 petang, kol 3 untuk 4 petang dan 730 untuk kol 8. Begitu laa rutin harian kami kat wad setiap hari sepanjang 3 hari ni, xde benda baru y kami buat. Patient je bertukar tiap2 hari.

HARI 10
Hari ni lagi sekali kami buat LO. Kali ni lagi tragis sebab patient tu menghembuskan nafas terakhir depan mata kami je kot. Bayangkan dari awal kami datang wad, patient tuh ok je lagi cuma sesak nafas. Kami ingat xde benda laa kan, sekali patient tuh tercungap2 x cukup oksigen nak bernafas. Hah, masa ni suma panik r, doktor2 dan staff nurse sume pakat serbu patient tuh yang tiba2 x sedar diri. Kami yang x tahu pape ni hanya mampu tengok je laa. heh. Petang tuh dalam kol 630 lebih patient tuh disahkan meninggal dunia, jadi kerja kami laa pulak buat LO dekat arwah. Disebabkan ni dah kali kedua kami buat LO xde r takut sangat kan. Hari tuh sumpah letih, banyak kerja kami kena buat sebab sume senior, staff nurse busy monitor patient tuh. Nasib baik ada budak2 MA yang tolong sekali buat observation, kalo x memang x balik laa kami malam tuh buat observation.

HARI 11
Hari ni hari last minggu ke-2 kerja kat wad 3A. Hari ni aku kerja shift petang. Hari ni dalam sejarah kot sepanjang 2 minggu kerja kat wad ramai patient yang discharge. HAHA. Kerja pon jadi sikit laa kan sebab patient x ramai. Cuma malam je busy sikit sebab senior xde kena balik awal sembahyang hajat kat kolej. Tinggalah kami berlima je JP kat wad tuh ke hulu ke hilir buat observation. Dan sekali lagi kami bernasib baik sebab ada MA yang sudi tolong buat observation. Nampak gila2 tapi boleh harap jugak diorang nih. HAHA

HARI 12
Hari ni minggu last duk kat wad. Tiba2 rasa sedih sebab dah nak habis posting kat wad nih, rasa macam baru masuk semalam tut2 ni dah masuk minggu akhir kerja kat wad nih. Hari ni sedikit terkejut beruk sebab ramai kot senior masuk wad nih. Kalau selama ni 10 org je 1 wad, hari sampai 16 orang. Sampai sume kerja kami senior pon buat sekali pastu mulalah boring satu hari xde kerja nak buat. Hari ni je 3 kali aku pegi rehat. Yelah kan, daripada aku ke hulu ke hilir dalam wad tuh nanti serabut pulak patient tengok kan. heh. Hari ni pon dalam sejarah kami dapat balik awal. Kalau selama nih paling awal pon 15 minit lepas waktu kerja baru boleh balik tapi hari ni xsempat habis waktu kerja pon kami dah chow. HAHA sumpah best!

Sekian. . . :P

Friday 7 October 2011

apa khabar mereka di sana?

Assalamualaikum. . .
Bosan! Bosan! Bosan! Ya, perkataan bosan tuh dah berpuluh2 kali terkeluar dari mulut hari ni. Cuti pon susah, x cuti pon susah. Hadoyai! -.-''
Bila bosan2 cenggini tiba2 rindu patient kat wad. Sihat tak mereka hari ni eh? Pak cik Razak dah sembuh ke belom eh? Uncle tuh dah discharge ke belom eh? Hish, x sabar pulak nak jumpa mereka petang besok. Seronok sebenarnya dapat jaga patient ni. Walaupun rumit, tapi bila kita sendiri yang jaga mereka akan terdetik satu perasaan dalam diri. Susah nak cakap perasaan apa tapi seriously bila kita tengok patient yang kita jaga boleh tersenyum betapa bahagianya rasa hati ni. Bila tengok mereka menahan sakit pon, kita sendiri akan berasa empati dengan mereka. Yelah kan? Cuba cakap siapa yang suka kena tahan wad? Siapa ada meh sini aku nak cucuk bontot kasi ubat biar sakit betol2. dush!
Bercakap pasal patient ni, aku suka sangat bersembang ngan sorang pak cik nih Nama dia Pak cik Razak. Aku pon x tahu kenapa, tapi pak cik ni memang best. Bila tengok pak cik ni aku mesti teringat kat ayah aku. Sumpah aku cakap perangai dia sebijik cam ayah aku, suka sangat meyakat budak2. Masa hari first aku masuk wad, pak cik ni asyik gelak je kat aku n member2 lain. Aku pon x tahu kenapa, maybe pak cik tuh ingat kami buat lawak kot kat wad tuh. Hadoi. Tapi keesokan hari lepas kami datang petang tuh kat wad, pak cik tuh muram je. Nak tegur pon takut, kasihan tengok moody je. Rupa2nya baru lepas operate. Mahunya 2 hari jugak pak cik macam tuh. Sunyi wad bila pak cik tuh jd camtuh. Semalam baru laa pak cik tuh okey balik. Kami pon apa lagi, syiok je menyembang ngan pak cik tuh. Tapi menyembang pon kerja tetap jalan okeyh. Nak balik kerja pon siap bertata-tata ngan dia. HAHA
Ada sorang lagi patient nih sama umur ngan aku, patah kaki kiri sebab accident masa balik dari kuliah. Dia tuh pendiam nak mampuih, sampai aku pon takut nak buat observation kat dia. Petang tuh ada laa 2 orang kawan dia datang melawat. Siap pakai jubah n berketayap lagi. Baru laa aku paham kenapa dia macam tuh, alim rupanya so seganlah ngan perempuan. Semalam baru laa pandai buka mulut nak bersembang2, tu pon sebab dah biasa kot ngan kami. HAHA
Seronok sebenarnya dapat jadi nurse, nampak mudah tapi x semudah yang digambarkan. Kerjaya nursing ni banyak mengajar aku menjadi seorang yang penyabar, penyayang dan perihatin. #ehyeke? Ada laa jugak sikit2 kan? heh. So, bagi adik2, kakak2, abang2 kat luar sana tuh x payah laa segan ngan kerjaya nursing. Konon2 nursing nih kolot laa, kerja yang tak glamour laa, nampak simple sangat laa, sila ABAIKAN. Orang lain boleh berkata begitu sebab mereka x pernah jadi nurse. Dulu aku pon salah seorang dari mereka, tapi bila aku sendiri yang terlibat ngan kerjaya nih barulah aku sedar betapa besarnya tanggungjawab sebenar seorang nurse. Cuba bayangkan hospital tanpa nurse, doktor pon x boleh buat kerja tahu? so tepuk dada tanyalah selera okeyh! Selamat beramal! *tiba2 je. heh. 
sekian, wassalam :)

HARI 2, 3, 4, 5

Assalamualaikum. . . 
 Sumpah cik misi penat sampai xsempat nak online lama2 tuk update blog. So bagi menjimatkan masa, tenaga, kuasa, power, super power tuh sume aku buat entry tuk 4 hari skali gus okeyh!

HARI 2, 3/10/2011
Hari ni aku shift petang. Pagi ada prep so kena pegi kelas macam bese laa. Dalam masa yang sama jugak, hari ni result formatif exam dikeluarkan dan alhamdulillah aku lulus semua subjek. Disebabkan semua subjek aku lulus, maka hari ni aku rasa hepi semacam je. Pegi kerja pon punyalah bersemangat lebih. HAHA. Hari ni sama je macam hari mula2 masuk wad. Aku masih blurr dan memerlukan perhatian, penumpuan dan segala 'an2' daripada tutor. Hari ni mood tutor pon baik sikit kalo nak dibandingkan dengan semalam. Kalau semalam garang macam mak singa, hari ni dia garang macam anak singa je. heh. Hari ni pon xde benda baru yang nak dibuat, just buat observation tuk amek vital sign je kat patient sama macam semalam. Kol 915 malam terus cabut balik kolej, mandi, terus tidur!

HARI 3, 4/10/2011
Hari ni aku maen kejar2. Bukan maen kejar2 macam budak kecik tuh, tapi ni kejar2 versi dewasa sikit. Hari ni keje waktu pejabat, kol 745 pagi dah sampai wad. Pagi ni sempat buat bed making je, observation pon sempat buat kat sorang patient je. Mana taknya, sedang duk buat observation sister bagitau kitorang yang pengarah nak jumpa kol 830 pagi kat kolej. Baru sampai wad setengah jam, kena rushing balik kolej balik. Macam lipas kudung sorang2 jalan sampai kolej. Nak berlari kan takut orang laen cakap misi gila pulak berlari-lari dalam wad ramai2 camtuh. Ingatkan pengarah dah tunggu kami kat dalam dewan kuliah, rupanya dia jumpa senior sem 2 dulu. Kalo tau awal2, baik x payah jalan macam kena kejar hantu. Sumpah membazirkan tenaga luaran dan dalaman je. huh! Alik2 kol 930 pagi baru pengarah datang. Buang masa kot menunggu sampai sejam padahal dekat wad tu berlambak kerja kena buat. Dah laa penat, letih, lenguh alik2 kena marah pasal result exam formatif. Kerana nila setitik, satu sem kena buat pembetulan satu set soalan anatomy & phisiology tuh sebanyak SEPULUH KALI! Petang dalam pukul 230 lebih baru masuk wad balik. Muka sorang2 memang dah macam kera mintak penampar. Langsung xde mood nak kerja bila pikirkan pembetulan tuh. Buat observation kat patient pon macam nak tak nak. Malam tuh 1st time kot semua pergi prep duk dalam kelas khusyuk buat kerja. Macam mimpi je bila kelas boleh sunyi camtuh. HAHA. Sorang2 punyalah tekun nak siapkan kerja, mana taknya hari ni dapat esok pagi2 sebelom pegi wad dah kena submit, memang tak tidur malam laa jawabnya. Dalam pukul 1230 malam lebih jugak baru siap buat pembetulan. Tuh baru aku yang tak fail kena buat 10x, yang fail lagi kasihan kena buat 20x,30x & 40x soklan. Fuh! Memang terbaekkkkkkk r!

HARI 4, 5/10/2011
Hari ni pon kerja waktu pejabat jugak. Sampai wad je macam biasalah buat bed making dan observation. Mata sorang2 xpayah nak bagitau la, bengkak macam kena gigit tebuang sebab tak cukup tidur. HAHA. Buat kerja pon macam orang tak cukup makan. Nasib baik bukan patient pulak yang kena buat observation dekat kami. huh. Ok, harini memang banyak benda baru yang kami kena buat antaranya tepid sponging, dengar pass over report, isi IO (intake output) chart, sukat air kencing patient dan macam2 lagi lah. Nak mention banyak2 pon bukan orang paham. Hari ni baru rasa pro sikit jika nak dibandingkan dengan hari2 semalam. Kalo hari mula2 tuh nak amek BP pon tak berapa yakin, hari ni dah yakin tahap 10. heh. Hari ni jugak 1st time aku cuci BO uncle chinese tuh. Banyak susah ma wa cakap nak basuh itu punya BO uncle yang sakit  ma. Eceh, terpelat cina pulak. HAHA. Nasib baik cuci bertiga, kalau buat sorang2 aku rasa memang x terbasuh jugaklah BO uncle tuh. heh. Hari ni jugak kami banyak belajar benda baru dari akak senior sem 6 yang pantau kami buat kerja. Serius aku cakap akak tuh best giler! Buat kerja cekap, berkeyakinan, baik hati pulak tuh, teringin sangat nak jadi macam dia. Walau bermacam-macam soalan kami tanya, dia layan je. Kalau aku yang jadi akak tuh sumpah aku serabut. HAHA. 

HARI 5, 6/10/2011
Pagi ni semua doktor2 pakar dan pengarah hospital nak buat rondaan kat wad so serius memang agak sibuk dan kelam kabut kat wad. Bayangkan nak kemaskan semua unit patient, bed making, sponging, buat observation dan bagi patient makan dalam masa yang sama! Nak tercabut kaki eden berlari ke situ ke sini. Habis je buat kerja tuh semua, kena kuarantin pulak dekat bilik belakang wad sementara doktor, datuk2 dan pengarah buat rondaan sebab x nak bagi nampak ramai sangat staff dalam wad. Hampir 2 jam jugak kena kuarantin dalam bilik tuh sampai letih mengumpat pon xleh keluar2. Apalah nasib. Lebih kurang pukul 1130 baru boleh keluar dari bilik tuh then terus prepare troli untuk buat observation pukul 12. Petang tadi lagi rilex kot, mana taknya nak buat observation tapi senior dah buat untuk semua kubikal. Dah memang x ada kerja sangat, pergi menyembang laa ngan pak cik dalam wad tuh sementara tunggu waktu balik kol 330 petang. Pak cik pulak layan je kami, siap gelak2 sampai tak ingat diri tuh sakit. HAHA Tepat je pukul 330 petang apa lagi, terus angkat kaki blah dari wad laa! HAHA

Sekian, wassalam. . .

Sunday 2 October 2011

HARI 1

Assalamualaikum. . .
Seperti yang dijanjikan, hari ni nak citer sikit/banyak sal pengalaman masuk wad. Hari ni hari 1st masuk wad sumpah letih. Pagi td kol 5 dah bangun siap2, turun breakfast then terus g hospital. Masing2 muka penuh semangat sebab eksaited laa konon nak buat keje. Sampai2 hospital trus naik lift pegi tingkat 3 then cr wad Kenanga 3A. Punyalah berdebar sorang2 nak masuk tuhan je tau. Semua pakat duk kumpul depan pintu wad dengan masing2 buat dialog 'ko laa masuk dlu, ko laa'. HAHA! Tadi punya laa eksaited nak mampuih, sampai2 depan wad tau pon kecut perut. Last2 kami masuk sama2 10 org. Masuk2 je punyalah bengong muka sorang2. Sumpah mcm rusa masuk kampung. Masing2 terpinga2 xtau nak pegi mana & wtpe. Nasib baik ad staffnurse tolong tunjukkan pantri nak letak beg2 nih sume. Lepas letak beg sekali lg terpinga2 xtau nak buat apa.  Sedang duk pusing2 mundar-mandir depan kaunter last2 senior dtg suruh tulis nama dlam buku kehadiran. Elok2 lepas tulis kehadiran CI atau clinical instructor kami pon dtg & terus buat orientasi wad. Kami diperkenalkan dengan bilik2 yang ada kat wad tuh seperti bilik utiliti, pantri, blik POP, stor dan macam2 bilik lg lah. Pendek kata sume bilik lah kitorang diperkenalkan. Selesai je orientasi wad, kami diminta ikut senior untuk buat bed making & sponging (mandi lap). Nampak macam senang bila asyik praktis guna manikin, tp bila buat dekat patient yang real serius susah. Bayang laa patient ni ada mcm2 jenis perangai, ada yang x sakit buat2 sakit, ada yang sakit tp tunjuk macho. Hadoi mmg memerlukan kesabaran nak layan karenah sorang2. Lepas tolong senior buat bed making & sponging kami diagihkan kepada 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan 5 org. Kumpulan aku y 5 org tuh kena ambil vital sign (pulse, BP, rr, temp & score pain) manakala kumpulan lagi satu kena buat sponging. Kumpulan aku kena amek vital sign dekat kubikal 1 iaitu bed num 1, 2, 3 & 4. Antara 4 org patient tuh, ada laa sorang pak cik y hyper aktif. Tiap kali kami buat prosidur ada je benda y nak digelakkan. Aku pon heran, mcm kami ni buat lawak bodoh pulak dalam kubikal tuh nak gelak2. Cucuk bontot kasi diam baru tau! *ok, sila lempang misi jahat nih lajulaju. HAHA


Selesai amek vital sign, kami duk round2 wad tgk BHT (bed head ticket) pesakit. Masa tuh bosan gila sebab xde keje nak buat. Betapa bagusnya sebab xde keje sangat nak buat sampai kami sendiri pegi tanya staffnurse nak kasi keje ke tak kat kami. Bapak rajin doh! HAHA! Pastu nurse tuh mintak beberapa org ikut dia tolong cuci luka pesakit. Aku dengan marajinkan diri pegi laa ikut. Sape laa yang nak lepaskan peluang kan buat keje camni? Rugi2 kalau x ikut. Sekali ingatkan luka biasa2 je rupa2nya luka besar beb! Ni jugak 1st time aku tengok luka besar camtuh real depan mata. Masa tuh macam2 perasaan ada. Rasa nak pitam pon ada. heh. Yang peleknya patient tuh macam xde perasaan pulak bila ada luka besar camtuh kat tapak kaki. ish3. Tepat pukul 1130 pagi kami sekali lagi dikehendaki mengambil vital sign dekat pesakit2 td. Untuk pengetahuan, vital sign kena amek sebanyak 4 jam skali untuk melihat perkembangan kesihatan pesakit. Selesai amek vital sign kat kubikal 1 konon2 igt boleh rehat laa sebab dah keletihan buat keje x henti2, sekali dengar suara tutor kami panggil nak jumpa masa tuh jugak kat kubikal 2. Kami mmg kecut perut giler bila tgok muka tutor yang dah mcm nak telan org tuh. Rupa2nya sah dia mengamuk sebab kami x amek vital sign pagi kat patient di kubikal 2. Semua start laa buat muka sposen kan bila kena marah. Dah laa penat buat kerja ingatkan boleh rehat, last2 hbs camtuh je masa rehat sebab kena marah. Apalah nasib -.-''
Lebih kurang kol 12 lbh camtuh bru boleh balik kolej kejap tuk makan tangah hari. Pukul 1.20 dah kne dtg balik. Sempat balik makan kejap je then rushing pegi hspital balik. Masa tuh memang rasa dah nak tercabut habis kaki2 & tangan2. Letih weh letih, sikit pon tak tipu. Dah laa sampai2 kena sambung marah pulak. Ingatkan dah habis kena marah pg tuh. Siap dapat warning suruh buat elok2 besok & balik study balik skill mana yang belum dikuasai. Kalau buat silap lagi tutor nak bawak jumpa pengarah. Padan muka HAHA! *padahal bukan salah kami pon, yang x bagitau awal2 pesal. huh. Selesai je ceramah free tanpa tajaan tuh kami terus blah balik kolej. Muka sorang2 dah macam muka orang mintak pelempang. OTW balik memang kepala duk pikir katil je nak baring & TIDUR!
Kesimpulannya, sebelum lakukan apa2 prosidur yang x berkaitan dengan hidup dan mati, sila pastikan vital sign patient dalam ward diambil terlebih dahulu sebelum anda mati dikerjakan oleh tutor. 
sekian, wassalam. . .

*ni 1st time aku buat entry panjang walaupun xde laa panjang sgt. heh

Saturday 1 October 2011

eksaited lebih. yeah!

Assalamulaikum . . .
Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam daftar kat kolej rupanya dah 3 bulan duk sini. 3 bulan duk blajar dalam kelas sumpah bosan tanpa lihat dunia luar. *ok tipu. heh. Esok! Esok! Esok! hah, eksaited tunggu esok ni pehal minah? haaaaaaa, eksaited laa sebab esok hari 1st aku masuk ward! Sumpah macam2 perasaan ada skarang. Eksaited, takut, neves sume ada termasuk laa gedik pon ada. HAHA! 


1st ward yang aku kena jaga bermula esok ialah orthopedic male ward. Ni bermakna aku kena jaga cik2 abang yang patah situ patah sini tuh sume. Hah, mana tak nevesnya bukan senang nak jaga patient camnih. Hadoi. Pape pon gud luck untuk diri sendiri. Pesan ayah "buat keje biar ikhlas, insyaAllah sume jd senang". Mekasih ayah untuk kata2 tuh. InsyaAllah  i'll do my best!
 sekian, wassalam. . . 

Thursday 29 September 2011

layout baru, citer baru :)

Assalamulaikum. . .
 Setelah sekian lama menghilang akhirnya muncul juga cik JP ni ye. Ingatkan dah koma x bangun2 sampai dah lama x update blog. huahuhahua :P
Amacam layout baru, title baru?? Ada kit x?? heh. Bukan apa, tiba-tiba dapat ilham nak blog pasal pengalaman jd JP je lepas ni. Senang x payah pikir-pikir nak blog apa tiap2 hari. Kalau asyik duk blog pasal mende2 mengarut meraban yang ntah pape tuh, baik blog pasal pengalaman jd trainee nurse ni ada la jugak manfaatnya yedak? hee. Sebenarnya kebetulan semalam masa taklimat penempatan klinikal, Puan Hasiah suruh kitorang buat diari pasal pengalaman sepanjang masuk wad. Disebabkan aku ni pemalas tahap gabang nak tulis2 diari nih, baik aku blog je senang. *sila lempang lajulaju budak pemalas ni. hee.
So, lepas ni xde dah citer mengarut meraban merapu tuh sume, just citer sal pengalaman aku sepanjang  jd trainee nurse je kat sini. Akhir kata, aku selaku JP Afifah merasmikan title blog baru iaitu: jeng jeng jeng!

(: BLOG JP AFIFAH :)

Enjoy! :D
Sekian, wassalam. . .

Friday 2 September 2011

Monday 22 August 2011

25 hari sudaaa!

assalamualaikum...
blog sy sihat? ada rasa sakit2 ke? x selesa kat mana2 ke? rasa tertekan ke? kalo x ada tu menandakan blog sy sihat walaupun ditinggalkan selama 25 hari tanpa sebarang berita. hehe. amacam? rasa cam tengah buat esessmen kat patient pulak. mentang2 laa bakal nurse. huh, pppuuui! *mata ke atas tgn ke bahu. HAHA! em, 25 hari x update blog rasa macam dah stahun kot. serius xde masa langsung. kasihan kat blog ni kan kena tinggal lama2? heh. sabor aje laa. HAHA! lagi 5 hari dah nak balik terengganu. sumpah x sabar! nanti dah sampai rumah nak mekap balik blog ni lawa2. bukan apa, rasa macam nak demam tengok layout sama je dari dulu. heh. 
esok ada test nursing science 1 dan ini bermakna sy kena blahhh dulu! 


akhir kata, selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat hari raya! 
sekian, wassalam :)

Thursday 28 July 2011

my name is JP Afifah :)

assalamualaikum. . .

yakkkkk! lama oh x update blog. semenjak bergelar JP ni hidup memang xleh lari dari kesibukan, kesesakan, ketekanan, keserabutan dan yang sewaktu dengannya. heh. bayangkan pepagi buta dah bangun siap2 pegi kelas sampai laa pukul 5 petang. malam pulak sambung prep dari pukul 8 sampai 10. yessssssssssssssssssss! sebijik cam skolah dulu oh! tapi kali ni bukan nak citer sal kesibukan, kesesakan, ketekanan tuh sume, tapi nak kongsi gambar2 sepanjang sambutan suKOL baru2 ni kat kolej. heh. jeng jeng jeng!

my dearest rumet :)

rumet lagi :)

aja-aja fighting!

yarghh! 

:)

yessss! suke je boleh posing bwh ketiak orang kan? heh

ainina mmg suke jelir2. harap maklum.

tudiah merah aih!

go go go merah!

pom bolllehhhhh!

sila abaikan model yang x berbayar ni, harap maklum.

terima kasih diucapkan kepada model yang x berbayar utama iaitu cik nur afifah iaitu aku sendiri kerana sudi bergambar untuk entry kali nih. HAHAHA! 
 sekian, wassalam :)

p/s: aku malas nak buat entry panjang2 sebab serius xde idea nak mengarang. urgh!
      *suKOL = sukan kolej, JP = jururawat pelatih

Sunday 26 June 2011

T______T

dear haters :)

You, with your words like knives and swords and weapons that you use against me
You have knocked me off my feet again, got me feeling like a nothing
You, with your voice like nails on a chalkboard calling me out when I'm wounded
You, picking on the weaker man

Well you can take me down with just one single blow
But you don't know what you don't know

Chorus

Someday I'll be living in a big ole city
And all you're ever gonna be is mean
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever gonna be is mean
Why you gotta be so mean

You, with your switching sides and your wildfire lies and your humiliation
You have pointed out my flaws again, as if I don't already see them
I walk with my head down trying to block you out cause I'll never impress you
I just wanna feel okay again
I bet you got pushed around
Somebody made you cold
But the cycle ends right now cause you can't lead me down that road
And you don't know what you don't know

Repeat Chorus

And I can see you years from now in a bar
Talking over a football game
With that same big loud opinion
But nobody's listening
Washed up and ranting about the same old bitter things
Drunk and grumbling on about how I can't sing
But all you are is mean
All you are is mean
And a liar and pathetic and alone in life
And mean, and mean, and mean

But someday I'll be living in a big ole city
And all you're ever gonna be is mean, yeah
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever gonna be is mean
Why you gotta be so mean
Someday I'll be living in a big ole city
And all you're ever gonna be is mean
Why you gotta be so mean
Someday I'll be big enough so you can't hit me
And all you're ever gonna be is mean
Why you gotta be so mean




p/s: thanks for being my haters :)

Friday 24 June 2011

compound word dan maksudnya

assalamualaikum. . .

pernah dengar compound word? atau kot bahasa melayunya  kata majmuk? kalo yang x tahu tuh, sini ada beberapa contoh compound word sekali ngan maksudnya:

Butterfly = mentega terbang
Ladybug = perempuan pepijat
Firefly = api terbang
Dragonfly = naga terbang
Firefox = api musang
Baseball = asas bola
Lipstick = bibir  kayu
Football = kaki bola
Desktop = meja atas
Shortcake = kek pendek
Netbook = jaring buku
Facebook = muka buku
Microsoft = mikro lembut
Horsefly = kuda terbang
Hotdog = anjing panas
Timetable = meja masa
Friendship = kawan kapal
Ringworm = cincin cacing
Breakfast = rehat cepat
Cowboy = lembu lelaki

hah, skarang dah tau compound word tu apa? maksud kot melayu tu macam bangang je kan? memang bangang sebab maksud tuh aku reka je. kalo cari dalam kamus bukan itu maksudnya ye.
HAHAHA!



sekian, salam . . .

p/s: itu bukan maksud sebenar bg compound word tuh yer. harap maklum. hehe

Thursday 23 June 2011

saya nurse yang comel

Assalamualaikum...
sy nurse yang sangat comel... sumpah tak tipu... dah laa comel, pandai pulak tu... bertuah betol rasanya dapat jd nurse yang comel camni... bukan senang tau nak boleh jd nurse yang comel ni...

HAHAHA!!!

sebelom aku kne penampar atau penyepak dek manusia2 sekeliling yang nak muntah bce intro aku tuh, lebih baek aku teruskan post aku ni dengan point sebenar yang aku nak post. tu hanya sekadar intro yang langsung xde kaitan. jangan pulak lepas ni cakap aku perasan comel la, pandai laa dan pape je laa yang sewaktu dengannya. heh. oke, aritu aku ada cakap yang aku bakal jd nurse tapi xtau dpt ktne kan3? em, hari isnin baru2 ni, abg posmen yang aku nanti2 akhirnya muncul bersama 1 sampul surat besar yang akan merungkai segala teka-teki aku. dengan penuh semangat dan rasa excited nak mampus, belom sempat masuk dalam rumah lagi cepat2 aku bukak sampul besar tuh. maklum laa kan x sabar2 nak tau kat mana tempat yang bakal aku dicampakkan tuh, sampai terover excited pulak. hish! lepas keluarkan je surat tawaran dr sampul tuh, mata aku terus fokus kat tempat pengajian. dush! rasa mcm nak tersembul biji mata aku yang dah mmg nk tersembul ni bila Alor Setar yang tertaip kat situ. hadoi, langsung x masuk dalam list teka-teki aku. aku bajet2 dpt laa kat Terengganu ke, Kelantan ke, Selangor ke, alik2 tang ke Kedah yang dihantarnya aku. hadoi, nak tak nak kena pegi jugak kan. sabor je laa. mula2 tuh rasa cam tak nak sangat2 dapat situ, tp bila dengar cter yang tempat tu best terus je semangat berkobar-kobar nak g. amek kau! heh. apa pon, selamat datang diucapkan kepada Nur Afifah bt. Mohamad ke Kolej Kejururawatan Alor Setar! *x malu sambut diri sendiri. hehe.

ni laa sebenarnya nurse yang comel tuh.  mmg comel pon kan3??? HAHAHA!

salam. . .

p/s: sy tau yang anis najibah & batrisya roslan sedang baca entry nih. HAHAHA

Friday 17 June 2011

Hantu Maggi SESMA!

Assalamualaikum. . .
pernah dengar hantu maggi??? haaaa, kalo y bese duk ostel tu mesti penah dengar kan? hantu pemes kot. hihi. mse duk usha2 youtube td, tbe2 aku terjumpa cter nih iaitu cter y senior2 skol aku dulu buat. nk tengok???jommmmmmm!
saksikanlah, HANTU MAGGI SESMA!


amacam??? layan??? HAHAHA! 
jaga2, hantu maggi duk skodeng kat tingkap tuh! hihi :P
salam. . .

*pssstt2!: bakpe laa intro ye panjang ngat hom? err, sabor je laa.. -.-''

Thursday 16 June 2011

jawapan yang mintak penyepak

Assalamualaikum. . .

 agak2 korang laa kan, apa korang nak bg kat mereka2 y bila ditanya soklan mereka jawab camni??? :

1. awk tgh minum apa tu? ans: minuman
2. awk tgh mkn apa tu? ans: makanan
3. awk tgh main apa tu? ans: mainan
4. awk asal mana? ans: bumi
5. awk duk mana? ans: punggung
6. bila awk sampai? ans: bila2
7. nak pegi mana ni? ans: mana2
8. bunyi apa tu? ans: bunyi-bunyian
9. nak kenal boleh? ans: boleh. boleh blah
10. nak num phone boleh? ans: boleh. 014 tekan2 x dapat

amacam??? mesti familiar je kan ngan situasi camni kan? org tanya baek2 dye jwab maen2 lak. ish3. so agak2 laa kan, nak buat apa ngan orang camni? bagi penumbuk? penampar? hah, yang tu lu pk r sendiri! HAHAHA! 


salam. . .

*pssstt! : aku pon selalu je jawab camtu ble org tanya.. hihi

Datang dan pergi :'(

Assalamualaikum...
 Wooahhhh! gler lama aku x update blog. Siyes lama! Almaklum laa aku tgh bz gler skarang. Bz apa?? Bz maen games! HAHAHA! *gelak jahat... Sebenarnya aku sje MEMbzkan diri. Bkn bz pon.. hee.. Biasa laa kan bila cuti dah bertambah lg sbulan nih. Untuk pengetahuan korang sume, *kalo y nak tau laa, y x nak tau g maen jauh2, shhuuhh2! aku dah x blajar kat UiTM Terengganu dah. Sebab??? Sebab aku dapat tawaran belajar kat tempat laen. Kat mana tu??? Tempat masih x pasti kat mana, skarang tgh tgu abg posmen datang bawak surat tawaran tu. *oh pliss laa abg posmen dtg cepat cket bwk surat tuh! -.-'' . Now just tau dapat kos ape je.. ce teka, ce teka aku dapat kos apa???  Nurse! omaigod aku bakal jd nurse! Siyes klakar giler, x pernah pon terbayang sbelom ni aku akan jd nurse. HAHAHA! Nak tak nak terpaksalah jd jugak kan kalo dah ni mmg rezeki aku. heh. Epy tu epy jugak tapiiiiiii ad tapinye. Apa??? Tapinye tu aku terpaksa say gud bye to you my trusted fren, we've known each other since we were bla bla bla... *ekk, dah terlebih masuk lirik lagu season in the sun pulak. heh. Sedih weh kne tinggal budak2 ni :'( Nak wt camne kan, bese laa tu adab kehidupan. Tak tak nak kena berpisah jugak...

dah macam artis pulak. hehe
    masa mula2 bergelar student UiTM dulu. muka innocent je sume. HAHA
    Siyes aku rindu korang. Korang classmate yang best sangat. SUMPAH!
    rumet aku yang giler. heh *abaikan y tgh

    gambar last ngan dorang sbelom aku balik T_T

    huwaaaaaaaaaa! :'( rindu giler nak wt keje giler ngan rumet aku ni. Pasni mesti ssh dah nak dpt rumet y best n satu kpale camni. Sume mende kitorang wt same2 kot. SUMPAH SAYANG KORANG!

    ni laa kami bertiga y bakal jd nurse tu. hee. doakan kami!

      Setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan? Itulah lumrah kehidupan sebagai manusia. *skema pelik je ayt aku. hihi. Aku doakan yang terbaek untuk kalian sume. Semoga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin... 
      KITA KAWAN SAMPAI MATI!
      SAYANG KORANG BANYAK2!
      <3
      salam. . .
    *x nak nangis, x nak nangis :'(

    Sunday 29 May 2011

    ini memang MELAMPAU!

    Assalamualaikum. . .

    Ok, UiTM Chendering ni memang sangat  BESAR. Ini memang x dapat dinafikan. Tapi x perlu laa kan sampai sumbat 6 orang satu bilik! Urghh! Bilik kat sini memang BAPAK besar nak sumbat ramai2 gituh. Boleh bayang x macam mana nak study & tido lam keadaan camni? Hello! katil, meja study, locker yang 4 ni MEMANG untuk kongsi 6 org kan? Grrr! Aku kira beruntung 5 org je 1 bilik. Nasib baek gak x 6. Cyan weh rumet baru aku ni xde katil & locker. Aku siyes x faham camne pihak pengurusan kolej buat keje. Kalo dah tau kolej ni kecik x payah laa sampai nak sumbat ramai2 kan? Tu naye orang namanya. ish3. 

    aku gigit kan baru tau! grrr!

    SABOR JE LER!

    *malam ni ada perjumpaan kolej. Mesti nak cakap sal bilik. MALAS!

    Friday 27 May 2011

    ini entry GILER!

    Assalamualaikum. . .

    Ni entry giler. Memang betol2 giler. Giler kalo x giler. Org giler pon tau ni entry giler, apatah lagi org y x giler bce entry giler ni. Aku y x giler ni buat entry giler. Giler giler aku! Macam org giler je aku bt entry giler. Org giler pon x buat entry giler, ni kan aku yang x giler pegi buat entry giler. Memang giler giler laa aku yang x giler ni. Korang y x giler mesti cakap aku giler kan buat entry giler ni? Apa laa aku y x giler ni bt entry giler. Ke aku mmg betol2 giler sbelom aku bt entry giler ni? Aku rasa aku x giler. Sape y cakap aku giler dye sebenarnya giler. Ye laa kan, giler kalo org giler boleh bt entry giler. Tak ke giler namenye kalo org giler pandai bt entry giler. Mana laa ade kan org giler  mengaku giler? ish3, memang teruk giler laa kan korang yang tak giler cakap aku giler bt entry giler ni. Kasihan kat aku y x giler ni korang cakap giler.


     sekian. . .

    *mesti korang giler kan lepas baca enry giler ni? HAHAHA!

    Tuesday 24 May 2011

    esok!

    Assalamualaikum. . . 

     Esok result kuar! Tipu laa kalo aku x cuak kan?? Tp relex sudah, xperlu laa nak gelabah2. Kalo gelabah pom bukannye boleh dapat pointer tgi kan?? Sume dah ditentukan. Cuma doa je laa smoga dapat result yang terbaek. Aku bukan nak tgi sangat pom, janji xde fail sudah. hehehe. Harap2 result ok je, xnak ade y kne repeat sem depan. Amin. . .

    *malam ni tdo awal, besok kol 9 dah boleh cek result! T___T

    Monday 23 May 2011

    meeting them :)

     Assalamualaikum. . . .
    Memandangkan petang tadi aku bosan tahap 10, so aku lepak2 laa ngan member2 kat taman. Bese laa bila lame x jumpa kan, bergambar sakan laa kitorang. *ces! cakap macam rumah jauh je sorang2. haha! maka, inilah hasil dari 'lepakan' kitorang tadi. hehe...

    trex, syu, aku & mira <3
    suka, sengih, senyum!
    ngan eman si budak nakal :)
    AWAS! jangan tiru aksi ini di rumah! haha!
    Bila duk lepak2 ngan member, rase cam kejap je mase berlalu. Minggu depan dah masuk u balek, bila laa pulak dapat lepak2 ngan dorang camni. :(

    *x nak balek u x boleh ke?? T__T

    terbaek dari ladang!

    Assalamualaikum. . .
     Apa yang terbaek dari ladang tuh? Susu Dutch Lady ke? haha! Tentu laa tidak sama skali. heh. Terbaek dari ladang yang aku maksudkan sebenarnya ialah citer Juvana yang ditayangkan kat TV3 setiap isnin kol 9 malam tuh. Citer ni mengisahkan kehidupan pesalah2 juvana di sekolah. Boleh bayang laa kan camne keadaan sekolah budak2 juvana ni, seram weh!. Seram aku cakap tu bukan seram sebab hantu ke apa tp seram ngan perangai bebudak juvana ni. Dah laa kne tahan msuk lokap then kne hantar kat skolah bebudak nakal, tp still x insaf2 gak. Dalam skolah pon still nak buli2 orang bagai. ish3. Memang x patut! Tadi fes tyme aku tengok citer ni dah jatuh hati. Minggu depan sure sbelom kol 9 malam aku laa orang fes duk depan tv nak tengok sambungan citer nih. *semangat lebih. haha! 
    setiap isnin kol 9 malam kat TV3 :)

    konon muka ganas laa nih?
    Kalo korang suro aku bagi bintang kat citer ni, aku boleh bagi 5 bintang laa. heh. Bukan senang aku nak puji2 citer melayu ni. *aku layan citer korea & mat salleh je. haha! Bagi yang belom tengok tu, boleh laa pegi tengok previous episode kat youtube ke, itube ke. *itube tu aku reka je, jangan pegi search kat situ pulak dah laa yer. hehe. 
    Selamat menonton! :)

    *disebabkan aku dah ketinggalan 4 episod, skrang aku tengah gigih search kat youtube, nasib baek ade. yess! haha!

    Sunday 22 May 2011

    Al-Fatihah. . .

    Assalamualaikum. . .

     Lebih kurang lam kol 2.15 petang td, Malaysia telah dikejutkan ngan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor. Kejadian ni telah menyebabkan 24 orang mangsa yang terdiri daripada penghuni rumah anak2 yatim tertimbus dan 16 orang daripada mereka meninggal dunia. Marilah sama2 kita sedekahkan al-Fatihah untuk mangsa2 kejadian.


    Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga roh2 mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin. 

    Saturday 21 May 2011

    boyfren VS girlfren -.-''

    Assalamualaikum. . .
     Hari ni aku nak kupas cket isu pasal boyfren vs girlfren nih. Mungkin rata2 remaja skarang ramai  yang sedang berkapel dan sememangnya menjadi perkara normal laa kan?? X normal laa pulak kalo xde remaja berkapel kan??*aku sendiri pon dah ade boifren. hehehe. Tapi korang nak boyfren or girlfren yang camne?? Kaki pukul? Kaki buli? Tu terserah laa pada diri masing2 kan?? heh. Kalo korang laa kan, apa korang buat bila dapat boyfren or girlfren camni?

    1. Kejelesan tahap melampau. Besenye pompuan laa yang camni kan? Kejelesan tahap melampau ni bermaksud terlebih jeles atau jeles yang tidak bertempat. Contohnya bila boyfren or girlfren dye baek ngan pompuan or laki laen, mesti terus hangin satu badan. Sampai classmate or kawan baek sendiri pon x boleh tegur apatah lagi nak bergambar or bergelak ketawa kan? Yang jadi mangsanya sape? Mesti laa kawan baek or classmate tu kan. X pasal2 kena tuduh gatal nak menggedik oleh si jeles nih.

    2. Kuat mengongkong. Kuat mengongkong ni maksudnya semua mende kena ikut cakap or taste dye kononnye amek berat sangat laa. Contohnye, 'awak x boleh buat tu, x boleh buat ni', 'awak kalo nak pegi mana2 mesti bagitau saya dulu, dengan sape awak pegi, dekat mana', "awak x boleh pakai tu, xboleh pakai ni', ' kalo awak buat jugak mende yang saya larang kita putus!'.

    comel je kan epal ni? hehehe. . .

    3. Kuat merajuk. Kuat merajuk ni x perlu laa aku nak define maksud dye apa sebab sume orang dah tau merajuk tu apa kan? heh. Kuat merajuk ni contohnya x telefon or mesej satu hari, terus merajuk cakap BF or GF dye x sayang laa, ada orang laen laa, dah jemu kapel ngan dye laa. Yang x boleh blah bila ada yang buat status kat fb cakap, "sy tensen sangat hari ni! sampai hati awk xkol sy! sy dr pagi smpai ptg tunggu awk kol. sob3. kalo camni laa baek kita putus je!". Pastu kalo nak pujuk tu kena pujuk gila2 sampai kena bagi teddy bear besar or bunga 100 kuntum baru laa okey.

    Konklusinya, kalo aku dapat boyfren or girlfren camni baek aku menjanda je sampai ke tua. *aku x kawen lg ye. hee. Apa kes nak jeles tak tentu pasal, kuat mengongkong & kuat merajuk bagai??? X payah laa susah2 pegi buat status kat fb cakap tu cakap ni. Wat da hell! Nak suro satu dunia tau ko tengah merajuk ngan GF or BF ko??? Baru kapel dah macam apa dah. Nanti bila kawen xde pulak kot buat status duk marah kat laki or bini. Rasa nak bagi penumbuk je 1, 2 das kat atas muka orang cam tuh! hish! -.-''
    Seelok2nya kalo nak berkapel tu bia laa berpada2 kan? betol x, betol x??? jadi renung2kan laa yer. hee. . .


    p/s 1. ni xde kena-mengena ngan yang hidup atau yg sudah meninggal dunia. Apa yg aku karang ni cuma  pendapat aku je. Laen orang laen pendapat kan. hee. Sorry bagi mana2 pihak yang terasa :D
    p/s 2.  nasib baek boifren aku x gitu. hua hua hua.  :D