Friday 7 October 2011

HARI 2, 3, 4, 5

Assalamualaikum. . . 
 Sumpah cik misi penat sampai xsempat nak online lama2 tuk update blog. So bagi menjimatkan masa, tenaga, kuasa, power, super power tuh sume aku buat entry tuk 4 hari skali gus okeyh!

HARI 2, 3/10/2011
Hari ni aku shift petang. Pagi ada prep so kena pegi kelas macam bese laa. Dalam masa yang sama jugak, hari ni result formatif exam dikeluarkan dan alhamdulillah aku lulus semua subjek. Disebabkan semua subjek aku lulus, maka hari ni aku rasa hepi semacam je. Pegi kerja pon punyalah bersemangat lebih. HAHA. Hari ni sama je macam hari mula2 masuk wad. Aku masih blurr dan memerlukan perhatian, penumpuan dan segala 'an2' daripada tutor. Hari ni mood tutor pon baik sikit kalo nak dibandingkan dengan semalam. Kalau semalam garang macam mak singa, hari ni dia garang macam anak singa je. heh. Hari ni pon xde benda baru yang nak dibuat, just buat observation tuk amek vital sign je kat patient sama macam semalam. Kol 915 malam terus cabut balik kolej, mandi, terus tidur!

HARI 3, 4/10/2011
Hari ni aku maen kejar2. Bukan maen kejar2 macam budak kecik tuh, tapi ni kejar2 versi dewasa sikit. Hari ni keje waktu pejabat, kol 745 pagi dah sampai wad. Pagi ni sempat buat bed making je, observation pon sempat buat kat sorang patient je. Mana taknya, sedang duk buat observation sister bagitau kitorang yang pengarah nak jumpa kol 830 pagi kat kolej. Baru sampai wad setengah jam, kena rushing balik kolej balik. Macam lipas kudung sorang2 jalan sampai kolej. Nak berlari kan takut orang laen cakap misi gila pulak berlari-lari dalam wad ramai2 camtuh. Ingatkan pengarah dah tunggu kami kat dalam dewan kuliah, rupanya dia jumpa senior sem 2 dulu. Kalo tau awal2, baik x payah jalan macam kena kejar hantu. Sumpah membazirkan tenaga luaran dan dalaman je. huh! Alik2 kol 930 pagi baru pengarah datang. Buang masa kot menunggu sampai sejam padahal dekat wad tu berlambak kerja kena buat. Dah laa penat, letih, lenguh alik2 kena marah pasal result exam formatif. Kerana nila setitik, satu sem kena buat pembetulan satu set soalan anatomy & phisiology tuh sebanyak SEPULUH KALI! Petang dalam pukul 230 lebih baru masuk wad balik. Muka sorang2 memang dah macam kera mintak penampar. Langsung xde mood nak kerja bila pikirkan pembetulan tuh. Buat observation kat patient pon macam nak tak nak. Malam tuh 1st time kot semua pergi prep duk dalam kelas khusyuk buat kerja. Macam mimpi je bila kelas boleh sunyi camtuh. HAHA. Sorang2 punyalah tekun nak siapkan kerja, mana taknya hari ni dapat esok pagi2 sebelom pegi wad dah kena submit, memang tak tidur malam laa jawabnya. Dalam pukul 1230 malam lebih jugak baru siap buat pembetulan. Tuh baru aku yang tak fail kena buat 10x, yang fail lagi kasihan kena buat 20x,30x & 40x soklan. Fuh! Memang terbaekkkkkkk r!

HARI 4, 5/10/2011
Hari ni pon kerja waktu pejabat jugak. Sampai wad je macam biasalah buat bed making dan observation. Mata sorang2 xpayah nak bagitau la, bengkak macam kena gigit tebuang sebab tak cukup tidur. HAHA. Buat kerja pon macam orang tak cukup makan. Nasib baik bukan patient pulak yang kena buat observation dekat kami. huh. Ok, harini memang banyak benda baru yang kami kena buat antaranya tepid sponging, dengar pass over report, isi IO (intake output) chart, sukat air kencing patient dan macam2 lagi lah. Nak mention banyak2 pon bukan orang paham. Hari ni baru rasa pro sikit jika nak dibandingkan dengan hari2 semalam. Kalo hari mula2 tuh nak amek BP pon tak berapa yakin, hari ni dah yakin tahap 10. heh. Hari ni jugak 1st time aku cuci BO uncle chinese tuh. Banyak susah ma wa cakap nak basuh itu punya BO uncle yang sakit  ma. Eceh, terpelat cina pulak. HAHA. Nasib baik cuci bertiga, kalau buat sorang2 aku rasa memang x terbasuh jugaklah BO uncle tuh. heh. Hari ni jugak kami banyak belajar benda baru dari akak senior sem 6 yang pantau kami buat kerja. Serius aku cakap akak tuh best giler! Buat kerja cekap, berkeyakinan, baik hati pulak tuh, teringin sangat nak jadi macam dia. Walau bermacam-macam soalan kami tanya, dia layan je. Kalau aku yang jadi akak tuh sumpah aku serabut. HAHA. 

HARI 5, 6/10/2011
Pagi ni semua doktor2 pakar dan pengarah hospital nak buat rondaan kat wad so serius memang agak sibuk dan kelam kabut kat wad. Bayangkan nak kemaskan semua unit patient, bed making, sponging, buat observation dan bagi patient makan dalam masa yang sama! Nak tercabut kaki eden berlari ke situ ke sini. Habis je buat kerja tuh semua, kena kuarantin pulak dekat bilik belakang wad sementara doktor, datuk2 dan pengarah buat rondaan sebab x nak bagi nampak ramai sangat staff dalam wad. Hampir 2 jam jugak kena kuarantin dalam bilik tuh sampai letih mengumpat pon xleh keluar2. Apalah nasib. Lebih kurang pukul 1130 baru boleh keluar dari bilik tuh then terus prepare troli untuk buat observation pukul 12. Petang tadi lagi rilex kot, mana taknya nak buat observation tapi senior dah buat untuk semua kubikal. Dah memang x ada kerja sangat, pergi menyembang laa ngan pak cik dalam wad tuh sementara tunggu waktu balik kol 330 petang. Pak cik pulak layan je kami, siap gelak2 sampai tak ingat diri tuh sakit. HAHA Tepat je pukul 330 petang apa lagi, terus angkat kaki blah dari wad laa! HAHA

Sekian, wassalam. . .

No comments:

Post a Comment