Sunday 2 October 2011

HARI 1

Assalamualaikum. . .
Seperti yang dijanjikan, hari ni nak citer sikit/banyak sal pengalaman masuk wad. Hari ni hari 1st masuk wad sumpah letih. Pagi td kol 5 dah bangun siap2, turun breakfast then terus g hospital. Masing2 muka penuh semangat sebab eksaited laa konon nak buat keje. Sampai2 hospital trus naik lift pegi tingkat 3 then cr wad Kenanga 3A. Punyalah berdebar sorang2 nak masuk tuhan je tau. Semua pakat duk kumpul depan pintu wad dengan masing2 buat dialog 'ko laa masuk dlu, ko laa'. HAHA! Tadi punya laa eksaited nak mampuih, sampai2 depan wad tau pon kecut perut. Last2 kami masuk sama2 10 org. Masuk2 je punyalah bengong muka sorang2. Sumpah mcm rusa masuk kampung. Masing2 terpinga2 xtau nak pegi mana & wtpe. Nasib baik ad staffnurse tolong tunjukkan pantri nak letak beg2 nih sume. Lepas letak beg sekali lg terpinga2 xtau nak buat apa.  Sedang duk pusing2 mundar-mandir depan kaunter last2 senior dtg suruh tulis nama dlam buku kehadiran. Elok2 lepas tulis kehadiran CI atau clinical instructor kami pon dtg & terus buat orientasi wad. Kami diperkenalkan dengan bilik2 yang ada kat wad tuh seperti bilik utiliti, pantri, blik POP, stor dan macam2 bilik lg lah. Pendek kata sume bilik lah kitorang diperkenalkan. Selesai je orientasi wad, kami diminta ikut senior untuk buat bed making & sponging (mandi lap). Nampak macam senang bila asyik praktis guna manikin, tp bila buat dekat patient yang real serius susah. Bayang laa patient ni ada mcm2 jenis perangai, ada yang x sakit buat2 sakit, ada yang sakit tp tunjuk macho. Hadoi mmg memerlukan kesabaran nak layan karenah sorang2. Lepas tolong senior buat bed making & sponging kami diagihkan kepada 2 kumpulan iaitu 1 kumpulan 5 org. Kumpulan aku y 5 org tuh kena ambil vital sign (pulse, BP, rr, temp & score pain) manakala kumpulan lagi satu kena buat sponging. Kumpulan aku kena amek vital sign dekat kubikal 1 iaitu bed num 1, 2, 3 & 4. Antara 4 org patient tuh, ada laa sorang pak cik y hyper aktif. Tiap kali kami buat prosidur ada je benda y nak digelakkan. Aku pon heran, mcm kami ni buat lawak bodoh pulak dalam kubikal tuh nak gelak2. Cucuk bontot kasi diam baru tau! *ok, sila lempang misi jahat nih lajulaju. HAHA


Selesai amek vital sign, kami duk round2 wad tgk BHT (bed head ticket) pesakit. Masa tuh bosan gila sebab xde keje nak buat. Betapa bagusnya sebab xde keje sangat nak buat sampai kami sendiri pegi tanya staffnurse nak kasi keje ke tak kat kami. Bapak rajin doh! HAHA! Pastu nurse tuh mintak beberapa org ikut dia tolong cuci luka pesakit. Aku dengan marajinkan diri pegi laa ikut. Sape laa yang nak lepaskan peluang kan buat keje camni? Rugi2 kalau x ikut. Sekali ingatkan luka biasa2 je rupa2nya luka besar beb! Ni jugak 1st time aku tengok luka besar camtuh real depan mata. Masa tuh macam2 perasaan ada. Rasa nak pitam pon ada. heh. Yang peleknya patient tuh macam xde perasaan pulak bila ada luka besar camtuh kat tapak kaki. ish3. Tepat pukul 1130 pagi kami sekali lagi dikehendaki mengambil vital sign dekat pesakit2 td. Untuk pengetahuan, vital sign kena amek sebanyak 4 jam skali untuk melihat perkembangan kesihatan pesakit. Selesai amek vital sign kat kubikal 1 konon2 igt boleh rehat laa sebab dah keletihan buat keje x henti2, sekali dengar suara tutor kami panggil nak jumpa masa tuh jugak kat kubikal 2. Kami mmg kecut perut giler bila tgok muka tutor yang dah mcm nak telan org tuh. Rupa2nya sah dia mengamuk sebab kami x amek vital sign pagi kat patient di kubikal 2. Semua start laa buat muka sposen kan bila kena marah. Dah laa penat buat kerja ingatkan boleh rehat, last2 hbs camtuh je masa rehat sebab kena marah. Apalah nasib -.-''
Lebih kurang kol 12 lbh camtuh bru boleh balik kolej kejap tuk makan tangah hari. Pukul 1.20 dah kne dtg balik. Sempat balik makan kejap je then rushing pegi hspital balik. Masa tuh memang rasa dah nak tercabut habis kaki2 & tangan2. Letih weh letih, sikit pon tak tipu. Dah laa sampai2 kena sambung marah pulak. Ingatkan dah habis kena marah pg tuh. Siap dapat warning suruh buat elok2 besok & balik study balik skill mana yang belum dikuasai. Kalau buat silap lagi tutor nak bawak jumpa pengarah. Padan muka HAHA! *padahal bukan salah kami pon, yang x bagitau awal2 pesal. huh. Selesai je ceramah free tanpa tajaan tuh kami terus blah balik kolej. Muka sorang2 dah macam muka orang mintak pelempang. OTW balik memang kepala duk pikir katil je nak baring & TIDUR!
Kesimpulannya, sebelum lakukan apa2 prosidur yang x berkaitan dengan hidup dan mati, sila pastikan vital sign patient dalam ward diambil terlebih dahulu sebelum anda mati dikerjakan oleh tutor. 
sekian, wassalam. . .

*ni 1st time aku buat entry panjang walaupun xde laa panjang sgt. heh

No comments:

Post a Comment