Friday 5 April 2013

Kemalasan Kemelandaan (Y)

Assalamualaikum.

Ehem uhuk ahak ehekkkk, errr haiii uolsss. Tudio aihhh, lamo tak blogging sampai x tau noh nak bermukadimah cemana. Ok, Afifah cukup! Cakap Kedah pon x betul ada hati nak cakap kan? Nanti Pakcik Yusri tibai hang dengan rotan baru tau. *tiba-tiba masukkan nama pakcik driver kesayangan yang x ada kaitan, kbai*.

Inilah dia JP Afifah yang bajet cun tu.
Dah laa tudung senget, muka senget,
sengih macam kerang busuk rasa nak tampo je haaaaaa....
Hihihihihi. Tahu tak penat bila makin naik semester ni? Lagi-lagi bila dah naik semester 4 yang boleh nak bajet ala-ala senior gittewww, banyak kerja nak kena handle. Serious tension tansion tunsion semua ada. Sebagai seorang yang profesional lagi macho bergaya perasan bajet bagus macam Afifah ni, kita kena kuat lagi tabah lagi sabar nak menyiapkan segala tugasan yang diberi. Itulah namanya pengorbanan sebagai seorang JP, nak tak nak kena hadapi semua cabaran yang dah ala-ala kem tentera kay kay eyyy esss ni haa. Itulah, gatal sangat nak masuk nursing kan, padan laa muka tu wahai Afifah oi, boooo!

Semester 4 ni kami dah start community posting di mana kena kerja kat klinik-klinik luar tapi still dalam area Kedah. Aku secara bertuahnya telah dicampakkan ke KK Banai daerah Jitra dan stay di hostel Jitra. Bila sebut pon hostel maka peraturan tinggal kat sana sama macam peraturan kay kay eyy esss ni, sumpah dengki dengan geng-geng KK lain yang dapat duk rumah dan dapat masak sendiri. Nasib kan? kan? kan? cisss! 

Bila nama pon community posting, kerja kat klinik ni x busy macam kat ward. Kerjanya cuma cek ibu mengandung, ibu baru bersalin, bayi, kanak-kanak 1-6 tahun, bagi health education kat tadika pastu ada laa aktiviti lain yang berkaitan. Malas nak cerita panjang-panjang sebab orang lain bukannya kisah pon aku buat apa kat klinik kan? wahahaha.

Pinjam Ifa kejap ajak bergambar, sape suruh comel sangat hee :D
Haa, cerita pasal bagi health education kat budak tadika ni, aku ada cerita best nak kongsi. Cerita dia macam ni, tadi masa pergi kat sebuah tadika ni (nama terpaksa dirahsiakan), punyalah malu besar bila seorang budak tadika tiba-tiba duk usha aku dari atas bawah then fokus kat kasut aku. Lepas puas duk usha kasut aku tiba-tiba beliau gelak besar sambil jerit, "ehhhhh! akak misi pakai kasut sekolah! Kawan-kawan tengoklah cepat kahkahkahkah". Aku yang baru nak control cun depan adik-adik tu terus merah muka tahan malu. Berani beliau and the geng gelakkan kasut akak-akak misi yang comel cun melecun ni! X patut betul kan? ish3. Aku and the geng pon terpaksa laa gelak skali nak cover malu laa kununnnnnnya. Hambek kau, bukan selalu kena perli dengan budak tadika ni hahahaha! Itulah nasib JP bila diWAJIBkan pakai kasut sekolah masa latihan. Kena gelak, kena perli, kena kutuk buat pekak je. Apa yang paling penting, control cun tu perlu, haaa gittewww aherherher kbai. 

Ini pulak muka budak-budak yang berani gelakkan kasut beta.
Kurang asam beteii, nasib baik comel HAHA
Ok, memandangkan sudah larut malam maka eloklah sekiranya saudara saudari sekalian tidur. Padan muka kena baca entry yang x best ni. Sape suruh baca yedak? hikhikhik kbai.

wassalam.

Thursday 27 September 2012

Contoh soalan-soalan temuduga SPA

Assalamualaikum :)

         Haa, ingat lagi tak entry saya pasal Anda Lepasan SPM?? Bagi sesiapa yang masih ingat bagus, yang tak ingat sah makan banyak semut kan? Ok, disebabkan ramai yang tanya soalan apa yang ditanya semasa temuduga tu, meh sini meh saya share sedikit soalan yang biasa ditanya. Tapi ini special untuk nursing je laa, kos lain tu saya pon tak pasti soalan apa yang ditanya. *ini soalan yang BIASA ditanya aje ye, bukan yang WAJIB ditanya harap maklummmm!*

              Q : Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang?
              A : Datuk Liow Tiong Lai

              Q : Apakah 10 S? 
              A : Senyum, Segera, Sensitif, Sopan, Segak, Selidik, Selia, Semangat, Salam dan Sentuh

              Q : Apakah sifat yang perlu ada pada seorang jururawat?
              A : Penyayang, sedia membantu, bla bla bla *ikut logik*

              Q : Apakah kadar normal bagi nadi, tekanan darah dan pernafasan?
              A : 60-100 beat/min,120/80mmHg, 16-20/min

              Q : Apakah beza jururawat, sister dan matron?
              A : Jururawat beruniform putih, sister beruniform biru muda, matron beruniform biru gelap

              Q : Apakah beza jururawat dan pelajar jururawat?
              A : Jururawat mempunyai jalur biru di tudung manakala pelajar jururawat terdapat pip di bahu
  
     Sebenarnya banyak lagi soalan yang biasa ditanya, tapi tak memerlukan jawapan yang spesifik contohnya, "Kenapa awak berminat nak ceburi bidang ini?", "Dari mana awak tahu mengenai SPA?", "Kenapa tidak menyambung pengajian di universiti?" dan bla bla bla. Habis soal jawab tu biasanya dorang ajak bersembang je, percayalah haha.

       So macam mana? Dah ready untuk temuduga? Buat rilek sudah, kacang aje, serious! hehe. Kepada sesiapa yang terpilih untuk menghadiri temuduga tu tahniah diucapkan. Diharap entry ni sedikit sebanyak dapat membantu. GOOD LUCK! 

Sekian, wassalam ^^,

Sunday 8 July 2012

Tahun 2 Semester 1

 Assalamualaikum...
Apa khabar saudara serta saudari pembaca blog sekalian, sihat? Kalau sihat alhamdulillah, kalau sakit sila sihat-sihatkan diri kalian, ewahhhhh. HAHA. Bertemu kembali kita pada kali ini di segmen blog berkulat bersama JP Afifah yang pemalas lagi nak mampuih ni yeeehaaa!

bajet comel lettew?
Korang mesti rindu kita kan kan kan? Mesti korang tertanya-tanya mana laa kita menghilang selama 6 bulan x update blog. Kita x hilang pon sebenarnya, tapi busy laa wak, eh bukan! Kita membusykan diri har har har bajet retis gittewww. Sebenarnya memang betul busy nak mampuih masa sem 2 hari tu. Buktinya sampai habis 1 sem aku x update blog hihi, ok tipu.
Sekarang aku dah masuk tahun 2 semester 1, kejap je masa berlalu. Kiranya dah boleh berlagak senior laa, kununnn. Seronok ke tak seronok naik sem 3 ni x boleh nak cakap lagi sebab baru seminggu masuk kelas. Itu pon kelas macam haremmmm, tiap-tiap hari habis kelas nak dekat pukul 7 petang. Letih tu x payah nak cakap, iyelah kelas dari 8 pagi kotttt, ditambah lagi kelas weekend tu. Haiii, kalau x dean list lagi sem ni x dapet eden nak nolongnya lah. 
Bila baru seminggu masuk kelas ni memang homesick tu menjadi kepastian, tiap2 hari fikir nak balik. Masuk kelas ingat rumah, buka buku ingat rumah, mandi ingat rumah, makan ingat pakwe, eh? tetiba pulak heee. Maklumlah baru lepas cuti kena masuk kelas terus belajar. Otak jam x payah cakap mentang-mentang duk rumah sebulan rehat x bukak buku, heh. Tapi sekarang alhamdulillah dah x homesick, kadang-kadang bila boring x tahu nak buat apa je pernah laa terhomesick balik kah kah kah. 
Ok, asal naik semester baru je mesti ada azam baru kan kan kan? Aku pon kununnya berazam laa nak belajar rajin-rajin sem ni. Sebenarnya tiap-tiap sem pon azam aku macam tu, tapi malas jugak hewhew. Lecturer aku cakap sem 3 ni best, belajar pasal perempuan. Perempuan tu kaum aku laa, belajar segala penyakit pasal perempuan, pasal beranak-pinak, pasal buat anak. Kalau ada male nurse mesti dorang seronok masuk sem 3 ni, yelah boleh selongkar habis satu badan pasal bakal bini dorang hmmm. HAHA, gatai nohhh! Tapi tu laa kenyataan, memang benda tu semua pon aku belajar sem ni. So far masuk kelas seminggu ni seronok laa sebab faham, alhamdulillah :)
Sebenarnya tujuan aku update blog ni sebab kesian kat encik blog ni dah lama kena tinggal HAHA! Lepas ni pakat tengok bila pulak aku akan update blog ni, mungkin sebulan lagi ke, dua bulan lagi ke, berbulan-bulan lagi ke hihi. Entah-entah tahun depan hahahaha kbai.
 Wassalam :)



*sesungguhnya gambar di atas tidak ada kena mengena langsung dengan post hahaha, sekian*