Thursday, 27 September 2012

Contoh soalan-soalan temuduga SPA

Assalamualaikum :)

         Haa, ingat lagi tak entry saya pasal Anda Lepasan SPM?? Bagi sesiapa yang masih ingat bagus, yang tak ingat sah makan banyak semut kan? Ok, disebabkan ramai yang tanya soalan apa yang ditanya semasa temuduga tu, meh sini meh saya share sedikit soalan yang biasa ditanya. Tapi ini special untuk nursing je laa, kos lain tu saya pon tak pasti soalan apa yang ditanya. *ini soalan yang BIASA ditanya aje ye, bukan yang WAJIB ditanya harap maklummmm!*

              Q : Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia sekarang?
              A : Datuk Liow Tiong Lai

              Q : Apakah 10 S? 
              A : Senyum, Segera, Sensitif, Sopan, Segak, Selidik, Selia, Semangat, Salam dan Sentuh

              Q : Apakah sifat yang perlu ada pada seorang jururawat?
              A : Penyayang, sedia membantu, bla bla bla *ikut logik*

              Q : Apakah kadar normal bagi nadi, tekanan darah dan pernafasan?
              A : 60-100 beat/min,120/80mmHg, 16-20/min

              Q : Apakah beza jururawat, sister dan matron?
              A : Jururawat beruniform putih, sister beruniform biru muda, matron beruniform biru gelap

              Q : Apakah beza jururawat dan pelajar jururawat?
              A : Jururawat mempunyai jalur biru di tudung manakala pelajar jururawat terdapat pip di bahu
  
     Sebenarnya banyak lagi soalan yang biasa ditanya, tapi tak memerlukan jawapan yang spesifik contohnya, "Kenapa awak berminat nak ceburi bidang ini?", "Dari mana awak tahu mengenai SPA?", "Kenapa tidak menyambung pengajian di universiti?" dan bla bla bla. Habis soal jawab tu biasanya dorang ajak bersembang je, percayalah haha.

       So macam mana? Dah ready untuk temuduga? Buat rilek sudah, kacang aje, serious! hehe. Kepada sesiapa yang terpilih untuk menghadiri temuduga tu tahniah diucapkan. Diharap entry ni sedikit sebanyak dapat membantu. GOOD LUCK! 

Sekian, wassalam ^^,

12 comments:

  1. Hai afiefah,tq shre..sy akn t.dge pd 7/11/12 nie latihan jururawat..sy hrap yg aw akn bri lbh lgi infrmasi ttg ni..help mi..dah nk dkat da ni nk p t.dge...-)

    ReplyDelete
  2. hai, stakat ni y ni je sedikit soalan2 y sy tau. jangan berharap sgt soalan y sama akan keluar sebab mungkin mcm2 soalan lg y akn ditanya. nak selamat baca skali dengan isu2 semasa :)

    ReplyDelete
  3. Ap yg afiefah tw ttg isu smsa.blh share x?=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkan baca pasal kerajaan . gua dah iv 2 minggu lepas. tanya banyak pasal goverment.

      Delete
  4. isu semasa? em, not sure laa. tgk berita or baca newspaper apa isu y hangat diperbincang sekarang :)

    ReplyDelete
  5. waktu aku hari tu..interview 12/11/2012 kat kolej sains bersekutu kota kinabalu sabah, waktu tu datang mendaftar dahulu then dpt calon no.6 di bilik LTD55.. masuk interview 2 org calon sekali..partner sy sorg lelaki gak... waktu masuk tu ketuk pintu..bagi senyuman kat penemuduga...dalam bilik tu ada dua org penemuduga..seorang matron dan sorang lagi pengajar jururawat gred u42... so ucap selamat pagi.. bagi sijil2 dan salinan fotocopy...then penemuduga tu suruh duduk baru kami duduk. dan ucapkan terima kasih... firstly.. dia tanya please introduce yourself in english.. second tu dye tanya apa yang kamu tahu berkenaan isu2 semasa dalam malaysia dari segi kesihatan dan bukan kesihatan..dalam soalan ni sy membincangkan isu2 bukan kesihatan: BR1M, NKRA,SL1M, TRANSFORMASI NEGARA,KLINIK 1malaysia(fungsi, dan tujuan).. pasal kesihatan pulak: sy ckp masalah banjir dan banyak penyakit berjangkit timbul seperti penyakit taun/kolera,denggi,malaria... dan di kawasan sabah pulak penyakit tibi semakin meningkat kes2 jangkitan...then penemuduga tu tanya...ok kamu ckp tbi semakin meningkat di kawasan sabah.. sila bagitau sebab kenapa?,,, sy jawab la.. then dye tnye lagi apa itu penyakit tibi? senaraikan ubat2an TIBI.. macam mana nak diagnose penyakit tibi tu.. then mcam mana nak mengelakkan penyakit tibi tu dari kita dijangkiti..aku jawab PPE..personal protective equiptment(mask,google,glove,gown,shoe cover) pas tu dye tnye lagi ape tugas2 juruawat terlatih di hospital.. aku jawab then dye tnye lagi..aku ni lelaki..kenapa minat bidang kejururawatan..kenapa KKM ni nak ambil pekerja Lelaki ini sebagai seorang jururawat. then untuk prosedur..dye suruh buat IV DRIP.. cara nak calculate, cara2 nak pasang iv drip tu ke patient. tanggungjawab jururawat terhadap pesakit yg membawa IV DRIP ni....done!..hahaa..

    ReplyDelete
  6. ini pengalaman temuduga aku la...coz aku pulak interview utk masuk keje..bukan Latihan jururawat lagi. aku dah ade LJM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. before this u stdy kat private college ek? so camne result interview? untunglah dpt prosedur senng IV drip tu :)

      Delete
  7. Hye semua.. Sy bln 6 ni bru ljm.. Tpi dpt interview kja kat slh 1 hospital kt singapore.. Sy risau psl nak jwb soalan.. Nak speaking kn.. Pls bg tipss... sy speaking kurangg la..

    ReplyDelete
  8. Hye semua.. Sy bln 6 ni bru ljm.. Tpi dpt interview kja kat slh 1 hospital kt singapore.. Sy risau psl nak jwb soalan.. Nak speaking kn.. Pls bg tipss... sy speaking kurangg la..

    ReplyDelete
  9. Boleh juga lihat contoh soalan lazim yang di tanya mengenai kerjaya jururawat di laman kerjaya malaysia/Jobs Hub - pihak kami juga ada kongsikan beberapa set soalan menarik http://www.jobshub.info/contoh-soalan-temuduga-jururawat-malaysia/

    ReplyDelete
  10. Saya ada download panduan untuk temuduga jururawat ni..alhamdulillah skang sy tgh semangat berkobar2 nak gi interview..doakan saya berjaya...

    kalau ada yg nak download panduan temuduga jururawat ni boleh try web ni- http://goo.gl/G0tpZp

    ReplyDelete