Friday 7 October 2011

apa khabar mereka di sana?

Assalamualaikum. . .
Bosan! Bosan! Bosan! Ya, perkataan bosan tuh dah berpuluh2 kali terkeluar dari mulut hari ni. Cuti pon susah, x cuti pon susah. Hadoyai! -.-''
Bila bosan2 cenggini tiba2 rindu patient kat wad. Sihat tak mereka hari ni eh? Pak cik Razak dah sembuh ke belom eh? Uncle tuh dah discharge ke belom eh? Hish, x sabar pulak nak jumpa mereka petang besok. Seronok sebenarnya dapat jaga patient ni. Walaupun rumit, tapi bila kita sendiri yang jaga mereka akan terdetik satu perasaan dalam diri. Susah nak cakap perasaan apa tapi seriously bila kita tengok patient yang kita jaga boleh tersenyum betapa bahagianya rasa hati ni. Bila tengok mereka menahan sakit pon, kita sendiri akan berasa empati dengan mereka. Yelah kan? Cuba cakap siapa yang suka kena tahan wad? Siapa ada meh sini aku nak cucuk bontot kasi ubat biar sakit betol2. dush!
Bercakap pasal patient ni, aku suka sangat bersembang ngan sorang pak cik nih Nama dia Pak cik Razak. Aku pon x tahu kenapa, tapi pak cik ni memang best. Bila tengok pak cik ni aku mesti teringat kat ayah aku. Sumpah aku cakap perangai dia sebijik cam ayah aku, suka sangat meyakat budak2. Masa hari first aku masuk wad, pak cik ni asyik gelak je kat aku n member2 lain. Aku pon x tahu kenapa, maybe pak cik tuh ingat kami buat lawak kot kat wad tuh. Hadoi. Tapi keesokan hari lepas kami datang petang tuh kat wad, pak cik tuh muram je. Nak tegur pon takut, kasihan tengok moody je. Rupa2nya baru lepas operate. Mahunya 2 hari jugak pak cik macam tuh. Sunyi wad bila pak cik tuh jd camtuh. Semalam baru laa pak cik tuh okey balik. Kami pon apa lagi, syiok je menyembang ngan pak cik tuh. Tapi menyembang pon kerja tetap jalan okeyh. Nak balik kerja pon siap bertata-tata ngan dia. HAHA
Ada sorang lagi patient nih sama umur ngan aku, patah kaki kiri sebab accident masa balik dari kuliah. Dia tuh pendiam nak mampuih, sampai aku pon takut nak buat observation kat dia. Petang tuh ada laa 2 orang kawan dia datang melawat. Siap pakai jubah n berketayap lagi. Baru laa aku paham kenapa dia macam tuh, alim rupanya so seganlah ngan perempuan. Semalam baru laa pandai buka mulut nak bersembang2, tu pon sebab dah biasa kot ngan kami. HAHA
Seronok sebenarnya dapat jadi nurse, nampak mudah tapi x semudah yang digambarkan. Kerjaya nursing ni banyak mengajar aku menjadi seorang yang penyabar, penyayang dan perihatin. #ehyeke? Ada laa jugak sikit2 kan? heh. So, bagi adik2, kakak2, abang2 kat luar sana tuh x payah laa segan ngan kerjaya nursing. Konon2 nursing nih kolot laa, kerja yang tak glamour laa, nampak simple sangat laa, sila ABAIKAN. Orang lain boleh berkata begitu sebab mereka x pernah jadi nurse. Dulu aku pon salah seorang dari mereka, tapi bila aku sendiri yang terlibat ngan kerjaya nih barulah aku sedar betapa besarnya tanggungjawab sebenar seorang nurse. Cuba bayangkan hospital tanpa nurse, doktor pon x boleh buat kerja tahu? so tepuk dada tanyalah selera okeyh! Selamat beramal! *tiba2 je. heh. 
sekian, wassalam :)

No comments:

Post a Comment