Friday 2 December 2011

HI, HAIIIIIII! :D

Assalamualaikum :)
 Yeeehaa sudah lama beta x update belog muahahaha! Konon nak update tiap2 hari laa kan nak citer tu citer ni tapi hampeh! Sampai hari ke-12 dah senyap terus heh. Bukan apa, beta sibuk gila sampai nak gila. *ok tipu! hahahaha! Yang sebenar lagi benar dan benarnya broadband aku dah kena potong! tu laa, sape suruh x bayar bil sangat hik3 :P
 2 minggu lepas aku baru je selesai final exam dan alhamdulillah semuanya ok boleh jawab. Result pon dah tau semalam dan alhamdulillah sekali lagi aku lulus semua subjek. Syukur sangat2 cuma sekarang masih menunggu bila laa surat sampai rumah, dah x sabar nak tau pointer aku brape ni. Harap2 mencapai target heh. 
ok, cukup merapu pasal result skarang aku nak citer bende yang berlaku sepanjang aku " menghilangkan diri" beberapa minggu lepas. *sebulan maybe hihi. Aku pon dah lupa bila last aku posting kat wad 3A yang aku ingat hari last aku kerja tu hari Jumaat haha! Sumpah sedih tinggal wad tu. Yelaa kan, banyak kenangan manis gitttewww kat wad tuh. Lepas habis posting kat wad 3A start laa study week a.k.a revision week sebelom final exam. Tapi x brape nak study week sangat sebab melepak lagi banyak dari study bhahaha! So aku rasa pasni better tukar study week kepada melepak week baru sesuai ngan keadaan hihi. Yelaa kan? Cuba cakap kat aku berapa kerat sangat y study time study week tuh? Besok ada paper hari ni baru nak study haha! Habis study week terus start final exam. Seingat aku laa kan, seminggu setengah jugak final exam hari tuh. 
Selesai je final exam dapat cuti 5 hari. Enjoy habis 5 hari tuh haha! Mana taknya sampai hitam legam muka berjemur kat Langkawi. Baru namanya bercuti betul kan? haha! Tu pon kejap sangat 5 hari sumpah x cukup.
Habis cuti terus masuk wad balik. 
2nd wad aku posting wad 5C iaitu wad acute medical female. Wad ni x jauh beza sangat dengan wad 3A sebab dua2 busy. Bezanya 5C ni wad perempuan so semua patient perempuan xde pondan mahupun bapuk sesat heh. 2 minggu jugak aku kat wad ni. Mula2 tu macam kekok r jugak kan sebab dulu jaga wad lelaki skarang wad perempuan. Pesakit perempuan ni manja sikit x sama macam pesakit lelaki so layan aje laa. Bila dah lama2 tuh terbiasalah ngan suasana wad 5C ni. Kerja pon sama je kat wad ni. Observation tuh benda wajib buat tiap2 hari. Benda baru pon ada laa jugak sikit2 blajar dari senior contohnya nak cabut branula ( jarum kat tgn tuh), tukar drip ( air masuk badan tu), ECG ( aku pon x tau lg stand untuk benda heh) dan buat DXT ( cek kandungan gula dalam darah). Seronok sebenarnya dapat belajar benda baru ni so xde laa bosan sangat asyik buat observation je sepanjang masa.
Semalam hari last aku posting kat wad 5C dan sekaligus menjadi hari last aku sebagai pelatih jururawat tahun 1 semester 1 yeeehaaaaa! Sekejap je masa berlalu tut tut dah habis 1 sem. Semalam jugak naik bas balik Terengganu dan dengan bahagianya aku nak cakap yang aku dah sampai rumah pon pagi tadi haha! Home sweet home okeyh! Sekarang dah start cuti sem sebulan so dalam kepala otak aku sekarang teramatlah banyak plan aku nak buat cuti sebulan ni hihi. 
Cuti pon cuti jugak tapi assignment untuk next sem jangan lupa siapkan kalau xnak "disiapkan" oleh Cik Chin hihi. 


Ok, aku chow dulu nak sambung tidur hihi. Babaiiiiiiiiii!
Salam. . .

No comments:

Post a Comment