Friday 30 December 2011

bila air mata membasahi bumi :'(


Aku sedih,
Aku terkilan,
Aku marah...
Aku mahu kau mengerti bahawa aku juga mempunyai perasaan,
Aku mahu dipuji ikhlas,
Dikasihi,
Disayangi,
Dihargai..
Bukannya diperli,
Disakiti,
Didustai,
Dikasari...
Aku tak minta kau menyanjung tinggi segala tingkah lakuku,
Menurut segala perintahku,
Mengambil tahu segala perihalku,
Menemani aku siang dan malamku...
Cuma aku mahu kamu,
Terimalah aku seikhlasnya,
Kasihilah aku semahunya,
Sayangilah aku semampunya,
Hargailah aku seadanya...
Aku mohon,
Dengarlah wahai sahabatku,
Segala rintihan hatiku ini :'(

No comments:

Post a Comment