Monday, 5 December 2011

you're my sweetie pie ^^

Assalamualaikum. . .
Hari ni dah masuk hari ke-4 aku bercuti dan alhamdulillah setakat ni aku x bosan lagi duduk kat rumah sebab banyak benda yang aku boleh buat. Maklum laa dah lama x dapat balik rumah gini laa jadinya. Yang syioknya bila duduk kat rumah ni bekalan makanan x putus2 so kerja aku pon makan, makan dan makan sampai lebam heh. Konpem nanti bila dah bukak sem baru bertambah tambahlah berat aku y sememangnya dah berat ni hadoiiiii. Pernah jugak terfikir, kan best kalau lemak boleh ditransferkan mcam duit. Bayangkan, mesti xde orang gemuk kan kat dunia ni? Penyakit obesiti pon xde dan baju saiz XXL++ pon mesti x wujud kan? haha! Mimpi je laa uolss.
Tengah duk usha FB td aku terjumpa lirik lagu sweetie pie. Alaa, lagu yang budak kecik nyanyi pelat2 tuh. Best woo lagu ni, geram je nak cubit2 budak yang nyanyi ni sebab mesti budak yang nyanyi tu comel macam suara dia kan? hihi. Jom nyanyi sama2 jom!

You're my Honeybunch, Sugarplum

Pumpy-umpy-umpkin, You're my Sweetie Pie

You're my Cuppycake, Gumdrop

Snoogums-Boogums, You're the Apple of my Eye

And I love you so and I want you to know

That I'll always be right here

And I love to sing sweet songs to you

Because you are so dear!

olololo, comel je nyanyi. haha! cute kan lagu ni? sebenarnya nak cari sekali video tapi x jumpa pulak dalam youtube so pandai2 laa layan diri tuh nyanyi buat macam lagu sendiri ye. heh. 

salam. . .

*big boss panggil suruh makan maka dalam masa beberapa minit lagi lemak akan bertambah oyeah! T.T

Sunday, 4 December 2011

Friday, 2 December 2011

HI, HAIIIIIII! :D

Assalamualaikum :)
 Yeeehaa sudah lama beta x update belog muahahaha! Konon nak update tiap2 hari laa kan nak citer tu citer ni tapi hampeh! Sampai hari ke-12 dah senyap terus heh. Bukan apa, beta sibuk gila sampai nak gila. *ok tipu! hahahaha! Yang sebenar lagi benar dan benarnya broadband aku dah kena potong! tu laa, sape suruh x bayar bil sangat hik3 :P
 2 minggu lepas aku baru je selesai final exam dan alhamdulillah semuanya ok boleh jawab. Result pon dah tau semalam dan alhamdulillah sekali lagi aku lulus semua subjek. Syukur sangat2 cuma sekarang masih menunggu bila laa surat sampai rumah, dah x sabar nak tau pointer aku brape ni. Harap2 mencapai target heh. 
ok, cukup merapu pasal result skarang aku nak citer bende yang berlaku sepanjang aku " menghilangkan diri" beberapa minggu lepas. *sebulan maybe hihi. Aku pon dah lupa bila last aku posting kat wad 3A yang aku ingat hari last aku kerja tu hari Jumaat haha! Sumpah sedih tinggal wad tu. Yelaa kan, banyak kenangan manis gitttewww kat wad tuh. Lepas habis posting kat wad 3A start laa study week a.k.a revision week sebelom final exam. Tapi x brape nak study week sangat sebab melepak lagi banyak dari study bhahaha! So aku rasa pasni better tukar study week kepada melepak week baru sesuai ngan keadaan hihi. Yelaa kan? Cuba cakap kat aku berapa kerat sangat y study time study week tuh? Besok ada paper hari ni baru nak study haha! Habis study week terus start final exam. Seingat aku laa kan, seminggu setengah jugak final exam hari tuh. 
Selesai je final exam dapat cuti 5 hari. Enjoy habis 5 hari tuh haha! Mana taknya sampai hitam legam muka berjemur kat Langkawi. Baru namanya bercuti betul kan? haha! Tu pon kejap sangat 5 hari sumpah x cukup.
Habis cuti terus masuk wad balik. 
2nd wad aku posting wad 5C iaitu wad acute medical female. Wad ni x jauh beza sangat dengan wad 3A sebab dua2 busy. Bezanya 5C ni wad perempuan so semua patient perempuan xde pondan mahupun bapuk sesat heh. 2 minggu jugak aku kat wad ni. Mula2 tu macam kekok r jugak kan sebab dulu jaga wad lelaki skarang wad perempuan. Pesakit perempuan ni manja sikit x sama macam pesakit lelaki so layan aje laa. Bila dah lama2 tuh terbiasalah ngan suasana wad 5C ni. Kerja pon sama je kat wad ni. Observation tuh benda wajib buat tiap2 hari. Benda baru pon ada laa jugak sikit2 blajar dari senior contohnya nak cabut branula ( jarum kat tgn tuh), tukar drip ( air masuk badan tu), ECG ( aku pon x tau lg stand untuk benda heh) dan buat DXT ( cek kandungan gula dalam darah). Seronok sebenarnya dapat belajar benda baru ni so xde laa bosan sangat asyik buat observation je sepanjang masa.
Semalam hari last aku posting kat wad 5C dan sekaligus menjadi hari last aku sebagai pelatih jururawat tahun 1 semester 1 yeeehaaaaa! Sekejap je masa berlalu tut tut dah habis 1 sem. Semalam jugak naik bas balik Terengganu dan dengan bahagianya aku nak cakap yang aku dah sampai rumah pon pagi tadi haha! Home sweet home okeyh! Sekarang dah start cuti sem sebulan so dalam kepala otak aku sekarang teramatlah banyak plan aku nak buat cuti sebulan ni hihi. 
Cuti pon cuti jugak tapi assignment untuk next sem jangan lupa siapkan kalau xnak "disiapkan" oleh Cik Chin hihi. 


Ok, aku chow dulu nak sambung tidur hihi. Babaiiiiiiiiii!
Salam. . .

Saturday, 15 October 2011

HARI 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12

Assalamualaikum. . .
1, 2, 3 go!

HARI 6
Hari ni datang2 wad terus dapat berita yang sorang patient meninggal sebab paru2 berair. Staff nurse suruh kami berlima gabung sekali ngan budak shift pagi buat LO (last office) kat arwah. Ni merupakan pengalaman pertama kami menguruskan jenazah. Macam2 perasaan ada time tuh. Sedih, takut, berdebar, eksaited sume ada. 

HARI 7, 8, 9
3 hari ni buat benda sama je. Pagi2 kol 8 start buat observation, kol 11 buat untuk 2 petang, kol 3 untuk 4 petang dan 730 untuk kol 8. Begitu laa rutin harian kami kat wad setiap hari sepanjang 3 hari ni, xde benda baru y kami buat. Patient je bertukar tiap2 hari.

HARI 10
Hari ni lagi sekali kami buat LO. Kali ni lagi tragis sebab patient tu menghembuskan nafas terakhir depan mata kami je kot. Bayangkan dari awal kami datang wad, patient tuh ok je lagi cuma sesak nafas. Kami ingat xde benda laa kan, sekali patient tuh tercungap2 x cukup oksigen nak bernafas. Hah, masa ni suma panik r, doktor2 dan staff nurse sume pakat serbu patient tuh yang tiba2 x sedar diri. Kami yang x tahu pape ni hanya mampu tengok je laa. heh. Petang tuh dalam kol 630 lebih patient tuh disahkan meninggal dunia, jadi kerja kami laa pulak buat LO dekat arwah. Disebabkan ni dah kali kedua kami buat LO xde r takut sangat kan. Hari tuh sumpah letih, banyak kerja kami kena buat sebab sume senior, staff nurse busy monitor patient tuh. Nasib baik ada budak2 MA yang tolong sekali buat observation, kalo x memang x balik laa kami malam tuh buat observation.

HARI 11
Hari ni hari last minggu ke-2 kerja kat wad 3A. Hari ni aku kerja shift petang. Hari ni dalam sejarah kot sepanjang 2 minggu kerja kat wad ramai patient yang discharge. HAHA. Kerja pon jadi sikit laa kan sebab patient x ramai. Cuma malam je busy sikit sebab senior xde kena balik awal sembahyang hajat kat kolej. Tinggalah kami berlima je JP kat wad tuh ke hulu ke hilir buat observation. Dan sekali lagi kami bernasib baik sebab ada MA yang sudi tolong buat observation. Nampak gila2 tapi boleh harap jugak diorang nih. HAHA

HARI 12
Hari ni minggu last duk kat wad. Tiba2 rasa sedih sebab dah nak habis posting kat wad nih, rasa macam baru masuk semalam tut2 ni dah masuk minggu akhir kerja kat wad nih. Hari ni sedikit terkejut beruk sebab ramai kot senior masuk wad nih. Kalau selama ni 10 org je 1 wad, hari sampai 16 orang. Sampai sume kerja kami senior pon buat sekali pastu mulalah boring satu hari xde kerja nak buat. Hari ni je 3 kali aku pegi rehat. Yelah kan, daripada aku ke hulu ke hilir dalam wad tuh nanti serabut pulak patient tengok kan. heh. Hari ni pon dalam sejarah kami dapat balik awal. Kalau selama nih paling awal pon 15 minit lepas waktu kerja baru boleh balik tapi hari ni xsempat habis waktu kerja pon kami dah chow. HAHA sumpah best!

Sekian. . . :P