Friday, 30 December 2011

bila air mata membasahi bumi :'(


Aku sedih,
Aku terkilan,
Aku marah...
Aku mahu kau mengerti bahawa aku juga mempunyai perasaan,
Aku mahu dipuji ikhlas,
Dikasihi,
Disayangi,
Dihargai..
Bukannya diperli,
Disakiti,
Didustai,
Dikasari...
Aku tak minta kau menyanjung tinggi segala tingkah lakuku,
Menurut segala perintahku,
Mengambil tahu segala perihalku,
Menemani aku siang dan malamku...
Cuma aku mahu kamu,
Terimalah aku seikhlasnya,
Kasihilah aku semahunya,
Sayangilah aku semampunya,
Hargailah aku seadanya...
Aku mohon,
Dengarlah wahai sahabatku,
Segala rintihan hatiku ini :'(

Wednesday, 28 December 2011

bye pipless, say hi to green pip! :')

Assalamualaikum. . .
Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan aku masih tergedik-gedik depan laptop dalam erti kata lain tak reti-reti nak tidurkah masa-masa cenggini wahai anak dara Encik Mohamad? Ya, aku memang budak degil yang tak reti bahasa dan tak pernah reti nak tidur awal. *please note that. Mahu jadi zombi mungkin ahakss! Malam ni tangan aku gatal je nak update blog, mungkin rindu kot sebab dah dekat sebulan tak melawat blog yang sangat kucintai ini *pppuiiiiii muntah hijau! Aku bosan wehhhhh, sumpah aku bosan!
Result aku dah sampai rumah pon minggu lepas. Tunggu punya tunggu sekali tak tau jugak pointernya, ada ke patut main ABC camtu je. Lahaiiiii sumpah macam result PMR pulak. Tak payahlah kan nak aku type kat sini gred-gred aku tu, maklumlah cemerlang sangat! Malu aiiii nyah! hehe. Yang pasti aku berjaya naik ke semester baru dan ini bermakna selamat tinggal diucapkan kepada student pipless yeayyy! Sem depan dah boleh berlagak dengan pip hijau kat bahu kah kah kah! Hijau je ponnnnnnnnnn, belom merah hehe.
Pejam celik pejam celik dah nak habis cuti sebulan. Sekejap je masa berlalu, lagi 3 hari dah kena balik kolej maka akan bermulalah kehidupan yang sesangat sibuk. SIBUK tu jugaklah benda yang aku paling benci dalam dunia -.-''

pipless dalam kenangan yeeehaaaa!

Cuti aku ni pon banyak dihabiskan dengan melayan cerita korea, baca novel dan yang paling penting menghadap laptop yang boleh dikatakan perkara WAJIB setiap hari. Kalau tak online satu hari rasa macam tak lengkap hidup, cheeeewwahhh! Hah, hampir lupa aku pon jadi bibik tak bergaji tau! 2 minggu aku duk melayan anak-anak sedara aku yang buas lagi nakal. Boleh tercabut semua skull, scapula, phalanges aku dek nak menjaga sorang-sorang. Penat tu mengalahkan penat berlari 10 round padang. Aku pon terfikir kehebatan seorang ibu yang boleh menjaga anak-anak mereka sampai ke besar dalam keadaan macam tu. Sumpah aku tabik springggg kat dorang!
Sebenarnya tadi macam banyak je aku nak melalut tapi bila dah syok je menaip aku dah lupa aku nak melalut  apa. Aku bukan blogger tegar yang pandai buat karangan panjang berjela-jela sampai lenguh jari aku nak scroll page macam dorang. Kalau nak merapu merapan ntah pape tu aku terer lah hee.
Entri aku kali ni aku rasa yang paling teruk aku pernah update, tengok ayat keling aku pon dah tau kan? Sumpah malam ni aku main hentam je type benda yang terlintas dalam kepala hotak aku, sikit pon tak rancang dulu nak update apa. 
Aku rasa cukuplah dulu sampai sini aku mengarut malam ni. Katil pon dah memanggil-manggil aku suruh baring dan tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
sekian, wassalam :')

Thursday, 8 December 2011

hampa :'(

Sama macam hari2 sebelom ni, result yang ditunggu-tunggu masih x sampai2.
 haiyaaaa!

Tuesday, 6 December 2011

ni ni ni!

Assalamualaikum. . .
 Hah, semalam aku cakap aku x jumpa video cuppycake kat youtube kan? Tadi duk usha2 akhirnya jumpa banyak laa pulak video tuh kat youtube. Bermacam versi ada lagu tuh. Ada yang baby cute nyanyi, ada orang besar bajet cute nyanyi errr... Yang penting aku jumpa video original lagu ni. Jom layan video ni jom!


Hah ni laa penyanyi original lagu cuppycake tuh. Dah laa comel, suara cute aishhh! Jeles bak hang! Nama budak ni Amy Castle. Video ni dirakamkan sekitar tahun 1994, ketika tuh Amy baru berusia 3 tahun. Sekarang untuk pengetahuan uols, Amy dah berusia 21 tahun. Dah belia remaja okeyh!
Ni satu lagi video yang tak kurang cutenya macam cuppycake tuh. Tapi ni versi kartun punya laa. Ni lagu twinkle-twinkle little star, alaa lagu yang mak kita selalu nyanyi masa kecik2 sebelom tidur tuh.


Comel kan video ni? 
 sekian. . . :)