Friday 23 March 2012

Anda Lepasan SPM??

Assalamualaikum.
Whoaahhhh, skema tak tajuk entry aku? kihkihkih. Ok, tak nak melalut panjang-panjang cuma kat sini akak nak promote SPA untuk adik-adik yang baru lepas ambil result. *eceh akak konon, pppuiiii* hehe. Haaa, tahu tak SPA tu apa? SPA tu singkatan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, bukan spa tempat urut-urut tu ye adik-adik. 
Ada apa dengan SPA ni ye? SPA menyediakan peluang belajar untuk adik-adik lepasan SPM sekaligus menjamin pekerjaan sejurus tamat pelajaran dalam bidang diploma. Kos apa yang ditawarkan? Banyak sebenarnya kos yang ditawarkan tapi kat sini akak nak promote kos separa perubatan. Kos-kos ini memang sepenuhnya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Berikut merupakan soalan yang biasa ditanya mengenai kos separa perubatan ni: 

1.Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun (sesi kemasukan Januari dan Julai).
2.Di manakah tempat Latihan Separa Perubatan?
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
3.Berapa lama tempoh Latihan Separa Perubatan?
Sijil - 2 ½ tahun
Diploma - 3 tahun
4.Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya boleh memohon untuk mengikuti latihan separa perubatan?
Boleh dengan memohon permohonan sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat di Borang Pendaftaran Pekerjaan (SPA8i) asalkan tidak melebihi umur 38 tahun dari tarikh permohonan.

Selain itu, adik-adik tidak perlu bimbang mengenai perbelanjaan bulanan sepanjang pengajian kerana semuanya akan ditanggung oleh KKM. Ini bermakna tiap-tiap bulan pelatih akan diberikan elaun perbelanjaan selain elaun uniform, alat tulis, perjalanan dan buku. Jumlah elaun yang diberi bukan sedikit ye adik-adik, tapi banyak! *walaupun kadang-kadang tak cukup hehe*. 
Macam mana nak apply? ok, tersangatlah mudah untuk apply benda ni semua. Adik-adik cuma perlu isi borang di laman web SPA : BORANG SPA8 . *klik je link tu ya*. Lepas siap isi, submit then tunggu untuk panggilan temuduga. Temuduga? Oh, ya! sebelum adik-adik layak untuk mengikuti latihan separa perubatan ini, adik-adik perlu lulus temuduga terlebih dahulu. Alah, tak susah pon soalan-soalan yang ditanya masa temuduga tu. Petik jari je boleh jawab hihi. 
So apa tunggu lagi? Pergi apply cepat sebelum terlambat! 
Salam.


8 comments:

  1. salam kak..klu sy apply ari ni, lame x nk tunggu dy pgil temuduga?

    ReplyDelete
  2. salam. biasanya kalau intake julai dy akn pnggil interview bulan 5 :)

    ReplyDelete
  3. azril/botox cute29 March 2012 at 20:11

    kalau nk apply jgak bley x?? nk cari awek.. :p

    ReplyDelete
  4. Kak..kalo sy nk aply nurse jugak boley??nk ngorat nurse la pas nie..ekekeke

    ReplyDelete
  5. akak..saye lepas dapat result bru isi borang tu....btol ke kene isi awal dlu..sblum dapt result lg

    ReplyDelete
  6. kalau da ada degree boleh mohon x?

    ReplyDelete