Sunday 8 July 2012

Tahun 2 Semester 1

 Assalamualaikum...
Apa khabar saudara serta saudari pembaca blog sekalian, sihat? Kalau sihat alhamdulillah, kalau sakit sila sihat-sihatkan diri kalian, ewahhhhh. HAHA. Bertemu kembali kita pada kali ini di segmen blog berkulat bersama JP Afifah yang pemalas lagi nak mampuih ni yeeehaaa!

bajet comel lettew?
Korang mesti rindu kita kan kan kan? Mesti korang tertanya-tanya mana laa kita menghilang selama 6 bulan x update blog. Kita x hilang pon sebenarnya, tapi busy laa wak, eh bukan! Kita membusykan diri har har har bajet retis gittewww. Sebenarnya memang betul busy nak mampuih masa sem 2 hari tu. Buktinya sampai habis 1 sem aku x update blog hihi, ok tipu.
Sekarang aku dah masuk tahun 2 semester 1, kejap je masa berlalu. Kiranya dah boleh berlagak senior laa, kununnn. Seronok ke tak seronok naik sem 3 ni x boleh nak cakap lagi sebab baru seminggu masuk kelas. Itu pon kelas macam haremmmm, tiap-tiap hari habis kelas nak dekat pukul 7 petang. Letih tu x payah nak cakap, iyelah kelas dari 8 pagi kotttt, ditambah lagi kelas weekend tu. Haiii, kalau x dean list lagi sem ni x dapet eden nak nolongnya lah. 
Bila baru seminggu masuk kelas ni memang homesick tu menjadi kepastian, tiap2 hari fikir nak balik. Masuk kelas ingat rumah, buka buku ingat rumah, mandi ingat rumah, makan ingat pakwe, eh? tetiba pulak heee. Maklumlah baru lepas cuti kena masuk kelas terus belajar. Otak jam x payah cakap mentang-mentang duk rumah sebulan rehat x bukak buku, heh. Tapi sekarang alhamdulillah dah x homesick, kadang-kadang bila boring x tahu nak buat apa je pernah laa terhomesick balik kah kah kah. 
Ok, asal naik semester baru je mesti ada azam baru kan kan kan? Aku pon kununnya berazam laa nak belajar rajin-rajin sem ni. Sebenarnya tiap-tiap sem pon azam aku macam tu, tapi malas jugak hewhew. Lecturer aku cakap sem 3 ni best, belajar pasal perempuan. Perempuan tu kaum aku laa, belajar segala penyakit pasal perempuan, pasal beranak-pinak, pasal buat anak. Kalau ada male nurse mesti dorang seronok masuk sem 3 ni, yelah boleh selongkar habis satu badan pasal bakal bini dorang hmmm. HAHA, gatai nohhh! Tapi tu laa kenyataan, memang benda tu semua pon aku belajar sem ni. So far masuk kelas seminggu ni seronok laa sebab faham, alhamdulillah :)
Sebenarnya tujuan aku update blog ni sebab kesian kat encik blog ni dah lama kena tinggal HAHA! Lepas ni pakat tengok bila pulak aku akan update blog ni, mungkin sebulan lagi ke, dua bulan lagi ke, berbulan-bulan lagi ke hihi. Entah-entah tahun depan hahahaha kbai.
 Wassalam :)



*sesungguhnya gambar di atas tidak ada kena mengena langsung dengan post hahaha, sekian*

1 comment:

  1. Trims smua anak-anak panca medika, yg berkunjung di dusun 1 kumpulrejo...

    ReplyDelete