Friday 23 March 2012

Anda Lepasan SPM??

Assalamualaikum.
Whoaahhhh, skema tak tajuk entry aku? kihkihkih. Ok, tak nak melalut panjang-panjang cuma kat sini akak nak promote SPA untuk adik-adik yang baru lepas ambil result. *eceh akak konon, pppuiiii* hehe. Haaa, tahu tak SPA tu apa? SPA tu singkatan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, bukan spa tempat urut-urut tu ye adik-adik. 
Ada apa dengan SPA ni ye? SPA menyediakan peluang belajar untuk adik-adik lepasan SPM sekaligus menjamin pekerjaan sejurus tamat pelajaran dalam bidang diploma. Kos apa yang ditawarkan? Banyak sebenarnya kos yang ditawarkan tapi kat sini akak nak promote kos separa perubatan. Kos-kos ini memang sepenuhnya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 
Berikut merupakan soalan yang biasa ditanya mengenai kos separa perubatan ni: 

1.Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun (sesi kemasukan Januari dan Julai).
2.Di manakah tempat Latihan Separa Perubatan?
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.
3.Berapa lama tempoh Latihan Separa Perubatan?
Sijil - 2 ½ tahun
Diploma - 3 tahun
4.Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya boleh memohon untuk mengikuti latihan separa perubatan?
Boleh dengan memohon permohonan sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat di Borang Pendaftaran Pekerjaan (SPA8i) asalkan tidak melebihi umur 38 tahun dari tarikh permohonan.

Selain itu, adik-adik tidak perlu bimbang mengenai perbelanjaan bulanan sepanjang pengajian kerana semuanya akan ditanggung oleh KKM. Ini bermakna tiap-tiap bulan pelatih akan diberikan elaun perbelanjaan selain elaun uniform, alat tulis, perjalanan dan buku. Jumlah elaun yang diberi bukan sedikit ye adik-adik, tapi banyak! *walaupun kadang-kadang tak cukup hehe*. 
Macam mana nak apply? ok, tersangatlah mudah untuk apply benda ni semua. Adik-adik cuma perlu isi borang di laman web SPA : BORANG SPA8 . *klik je link tu ya*. Lepas siap isi, submit then tunggu untuk panggilan temuduga. Temuduga? Oh, ya! sebelum adik-adik layak untuk mengikuti latihan separa perubatan ini, adik-adik perlu lulus temuduga terlebih dahulu. Alah, tak susah pon soalan-soalan yang ditanya masa temuduga tu. Petik jari je boleh jawab hihi. 
So apa tunggu lagi? Pergi apply cepat sebelum terlambat! 
Salam.


Friday 9 March 2012

gudbye hommie, again :/

Assalamualaikum.
"Nanti bila pulak Kak Nor balik? Bulan 6? Lambat lagi laa ye, lagi 3 bulan baru jumpa balik". Sobss, tiap kali balik mesti ma mesti akan tanya aku soklan tu dan aku manusia yang ditanya ni start laa buat muka seposen, dalam hati tahan nak nangis. Rasa baru je Jumaat hari tu sampai rumah, tengok2 malam ni dah nak balik Kedah dah. Haisshhh, x boleh ke masa cuti tu lambat siket berjalan? uhukkk :( Cuti seminggu je ni satu benda pon x jalan tahu? Balik kolej ada apa je yang best? Harap kawan aje laa yang best huh.*ada kawan best tu kira untung tahu?* 


Ya Rabbi! Lagi 2 minggu dah nak exam sebenarnya tapi 1 habuk pon x study lagi. Apa ni Afifah? *tampar2 muka kasi sedar* Heh, bila balik rumah ni laa jadinya, buku entah ke mana, kerja menghadap benda alah ni je tiap2 masa. Jangan kata aku sorang je camtu, memang semua org pon cam aku kan? Haaa, x payah nak tipu laa, aku tahu! HAHA. Kalau sengih2 tu maknanya betol lettew.
24 Mac ni pulak dah start posting kat hospital. 3 minggu pertama aku ditempatkan di ward 4C a.k.a ward medical male. MALE ye di situ MALE. Ngeh3 gatai! Ala, bukan syok sangat pon jaga ward kaum adam ni sebenarnya, serious x syok pon. Yelah, tiap2 hari kena ngorat kat patient *ok, tipu* heh. Aku acah je, mana ada kena ngorat pon, aku je yang ngorat patient, #eh?. *ok, tipu lagi* bhahahaha! Habis ward 4C masuk CRW, pastu diikuti 5C then ward terakhir 4B. CRW tu ward jantung, 5C ward medical female, and ward 4B tu aku lupa ward apa hehe. Ok, serious x sabar nak masuk ward. Dah muak dah masuk kelas belajar je memanjang 3 bulan ni.
Memandangkan malam ni dah kena balik kolej, silalah cepat siket masa berlalu sebab aku x sabar nak cuti bulan 6 ni pulak hewhew. *tadi suruh masa lambat berlalu sekarang nak cepat pulak, keling betol!* Oh ya, aku x tahu laa bila pulak aku boleh update blog ni. Maybe tunggu cuti sem bulan 6 ni lah pulak ye. Bapak lama kan kan kan? Ok then, got to go! Bye encik blog! Mmmmuahhhh! <3
Salam.


Thursday 8 March 2012

Bila ayam bercakap dengan itik -.-"

Assalamualaikum.


Abg poslaju: Hello, ni Nur Afifah ke bercakap?
Aku: Ha'ah. ni sape ni?
Abg poslaju: Ni cheq nak tanya, rumah hang kat mana cheq nak hantaq barang poslaju.
Aku: Haaa, ni pakcik kedai fotostat eh?!
Abg poslaju: Pakcik kedai fototstat mane pulak hang ni? Ni cheq nak tanya, rumah hang kat mana cheq nak hantaq barang ni.
Aku: Err, bkn pakcik eh? Dekat Terengganu. Await?
Abg poslaju: Uish, hang biaq betoi! Takkan hang duk Terengganu barang hang boleh sampai sini pulaknya.
Aku: Eh, betol laa sy duk kat Terengganu. Tapi sy belajar kat Kolej Jururawat Alor Setar.
Abg poslaju: Laa, await hang tak cakap awai2 hang duk kolej jururawat tu. Ni pening cheq duk pusing2 cari mana alamat hang ni. Batu 4 1/1 kat mana pon cheq x tau.
Aku: Laa, tu alamat kedai pakcik fotostat dekat kolej sy. Sy guna alamat dia.
Abg poslaju: Kalau camtuh cheq p hantaq kat kolej teruih lah.
Aku: Eh, jangan2! Sy ada kat Terengganu sekarang ni cuti, sbb tu sy buat alamat kedai pakcik fotostat tu. Malam besok baru sy balik Alor Setar.
Abg poslaju: Pulok aih. Dah tu nak hantaq mana barang hang ni?
Aku: Lorh, hantar kat alamat tu laa hadoiiiii.
Abg poslaju: Kat mana pon cheq x tau alamat ni. Kedai fotostat kat kolej tu eh? Nanti cheq p cari kedai fotostat tu ja laa.
Aku: Okok, jangan salah hantar kedai lain pulak dah ler.
Abg poslaju: Ya ya cheq tau laa.
Aku: Kalau tahu tu xpe laa, kbai.
Abg poslaju: K, waalaikumussalam.
Aku: err? (bila masa aku bg salam entah. ish3)
..........................................................................................................................
 HAHAHA nak tergolek-golek aku bila igt balik dialog tu tadi. Hairan bebenor aku macam mana laa kerja kat poslaju tapi x tahu alamat rumah org kat mana hadoiii. Nasib baik kat parcel tu ada nombor telefon aku kalau x aku x tahu laa benda jadi ngan barang2 aku tu. Abg poslaju tu pon satu, pekat bebenor loghat Kedah sampai aku pon berapa kali duk haaa haaa suruh dia ulang balik. ish3. Aku pon 2x5 je sebenarnya, lain yang ditanya lain yang aku jawab. Macam mana laa x miscommunication kan? HAHA nasib laa kau Afifah hoi.

*barang apa yang abg poslaju tu nak hantar sebenarnya? haaa, biarlah rahsiaaaa~ muehehe :P

Monday 5 March 2012